Powered By Blogger

Monday, February 22, 2010

my favourite





















Keempat-empatnya saya dah baca. Love them, admire the author and cherished them. 2 novel telah dijadikan movie and eclipse klau x silap akan dilancarkan Jun tahun ni. X sabar nak tengok. Novel graphicnya akan dilancarkan march thn ni. Untuk breaking dawn yg tengah di pre productionkan mungkin menemui peminat 2011.


Walaupun ceritanya, cerita khayalan dan mungkin boleh diangkat menjadi cerita dongeng mengantikan cerita2 lama masa kita kecil dulu mcm cerita Snow White, Cinderella, Sleeping beauty atau yg lain-lain, saya cukup kagum dengan daya imaginasi penulisnya yang boleh mengubah watak jahat,hitam dan kejam menjadi watak putih yang bersifat manusiawi dan bertambah hebat dengan anugerah super hero pada sesetengah wataknya. Misalnya Edward boleh membaca pemikiran orang lain kecuali pemikiran Bella. Manakala Bella keistimewaannya ialah tiada siapa pun boleh membaca pemikirannya.


Saya mengulang-ngulang baca setiap buku lebih dari satu kali. Paling banyak ulang baca buku Breaking Dawn kerana masa ni Bella telah beralih menjadi Vampire. Pelik pula rasa, kenapa bila sebut pontianak rasa cam takut je, tapi bila sebut vampire rasa cam lebih baik plak. Kenapa saya ulang, sebab seronok jalan ceritanya, kedua sebab nak memahami jalan cerita dengan betul, sebab ada perkataan yang saya x faham dan nak check maknanya dan saya suka akan beberapa watak dan plot cerita.


Filem pula saya rasa yang pertama lebih memberi kesan. Watak2 vampirenya lebih manusia dari dalam new moon. New Moon lebih ringkas dan direct berbanding twilight. Watak Edward dan Bella juga lebih realistik dan mendalam. Penggunaan effeck dan muzik lebih melankoli dan lembut mendayu-dayu berbanding new moon. Apapun saya tetap minat cerita ni.

No comments:

Post a Comment