Powered By Blogger

Tuesday, April 3, 2012

Menjadi ibu yang bijaksana...

Assalamualaikum...salam bahagia juga buat semua.

Jenis ibu bagaimanakah diri saya ini? x berani kadangkala ingin bertanya kepada anak sendiri. Apapun akan saya tanya nanti supaya saya dapat menilai diri sendiri. Bagaimana jawapan yang akan anak2 saya beri nanti. Akan saya tanyakan kepada semua anak2 saya akan soalan itu. Terasa juga sangsinya didalam hati. Bagaimana kalau jawapannya mengecewakan nanti kerana pada saya anak2 jarang mengerti akan peranan seorang ibu.
Mereka juga tidak tahu apa yang telah kita harungi. Susah senang kita meniti sebuah kehidupan. Adakah selama ini mereka tahu akan kebingungan ketika kita menghadapi masalah kewangan pada setiap hujung bulan.Mereka merasa sesak bersama kita ketika hampir lemas dihimpit pertengkaran dengan ayah mereka atau mereka juga membanting tulang bersama2 mengurus rumahtangga dan pekerjaan sekaligus. Adakah mereka akan memahami jika ini semua kita kongsikan bersama kerana selama ini kita rahsiakan semua itu dari mereka kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka.
Anak2 sayangi diri mu sebagaimana aku menyayangi dirimu.

Lain Padang Lain Belalang


Assalammualaikum,

Padang yang sama tapi lain Ratu belalang nya. Kepimpinan baru disekolah kadang2 menjadikan saya merasa gundah gulana. Adakah saya mampu mengikut rentaknya dan langkahnya, adakah dapat saya bekerjasama dengan dia, bagaimana penerimaan diri nya terhadap saya yang banyak kekurangan ini dan kadangkala berfikir apakah tindaan sewajarnya yang perlu saya ambil.

Jangan memasang prasangka sebelum bersua muka, bercakap sekali dua bukan bermakna kita bersaudara dan jangan sekali-kali merasa diri hebat sentiasa. Membuka pekung didada akan terpercik air dimuka. Walau serapat mana pasti terhiris dek kata bersahaja. Orang diam banyak ilmunya begitu kata pujangga. Itu prarasa saya terhadap Ratu belalang baru di padang lama saya.

Bersikap profesional terhadap kerja, saya menjalankan tugas mengikut termampu dan merancang sedaya ada. Kadangkala gagal melaksana dek kerana lemahnya daya tumpu juga gangguan nafsu yang leka akan sesuatu lara. Saya selalu muhasabah diri dimana kelemahannya, dimana silapnya, dimana kurangnya dan cuba bangun membaiki diri. Kadang saya berjaya kadang kecundang jua.

Tidak mahu dan tidak akan menyalahkan orang lain dalam kegagalan itu saya akan berusaha bangun kembali bermula detik ini. Namun perlu dinsafi kita hanya mentadbir dan ALLAH yang akan mentakdir. Itu menbawa ketenangan apabila kita kecundang.

Monday, April 2, 2012

Kem bestari solat satu ibadah dari guru..


Assalammualaikum,

Menjadi guru itu pekerjaan paling mulia jika diikutkan. Dari tidak mengenal huruf dan nombor, murid boleh membilang setiap satu ciptaan Allah dan boleh juga membunyikan simbol2 huruf menjadi perkataan sehingga berjaya mengungkap kata2 indah mahupun hodoh untuk menyampaikan maksud dan maklumat.

Tugas guru boleh dijadikan ibadah untuk imbalan pahala sekiranya dijalankan dengan jujur dan amanah. Kem bestari solat dalam program Jqaf medan guru berburu pahala namun saya kesali ada juga yang tidak mahu merebutnya dan kadang2 ada juga menimbulkan dosa.

Tiada yang lebih indah selain melihat anak didik kita memakai telekung putih menunaikan solat. Air muka berseri dan tenang menunggu imam memulakan takbir. Namun ada juga yang nampak keliru hendak melengkapkan diri mahupun memulakan niat sembahyang. itulah tugas kita sebagai pendidik tidak kira bidang apa. Sebagai pendidik muslimah kewajiban kita untuk menunjuk ajar. Yang penting itu kita mencari ruang menambah pahala disamping menjalankan tugas. Semoga cikgu cikgi sedar akan peranan sebagai guru dan juga seorang Islam.

Saturday, December 31, 2011

Subhanallah..dah masuk tahun baru 2012.

Assalammualaikum...sungguh deras masa berlalu..sekejap cuma setahun telah sampai ke noktahnya. Esok menerjah ke tahun baru 2012. Kisah semalam masih berbekas tanpa menghitung suka dan duka. Detik waktu tanpa kita sedari berlalu meninggalkan kita tanpa menghirau siapa diri kita ini, bersedia mahupun masih terkial menyusun tatih dan langkah, mampu mahupun belum gagah menggalas dugaan dan cabaran masa hadapan. Siapa kita mahu menangguh waktu yang bukan hak kita. Hidup dan mati kita hak Allah dan kita hambanya harus sentiasa bersedia untuk itu. Nabi s.a.w berpesan mahupun kita tahu yang kiamat akan menjelang pada esok hari namun jika ada bersisa satu kebaikan untuk kita lakukan maka lakukan lah pada hari ini. Begitu sekali...namun perlu diinsafi..ambil lah dunia ini seumpama diri musafir lalu..jangan dianggap dunia menongkat langit dan diri hidup selamanya.

Saya menapak selangkah menjelang tahun baru dengan membaharui background blog ini dan berazam mahu menambah bilangan hasil tulisan didalamnya..dengan matlamat mahu menambah kapasiti berfikir dalam otak kurnian Allah ini. Selain mahu membentuk kelaziman yang positif, matang dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Insyaallah moga dipermudah dan dilapangkan Allah hasrat saya itu. Mengambil langkah untuk memastikan bahawa tulisan saya lebih bermakna, berilmu dan bermanfaat, saya perlu lebih sensitif, gigih, sabar dan kreatif dalam pemilihan topik,gaya bahasa,isi dan sumber. Semoga Allah meredhai niat saya ini dengan menyalakan mentol cahaya ilham, idea bernas dan pandangan yang telus, adil dan matang dalam segala sesuatu.

Di malam penghujung tahun ini dan menjelang pagi tahun baru esok, saya hanya ingin melahirkan saya bersyukur kehadrat Ilahi yang mengurniakan segala nikmat dunia kepada hambanya yang banyak berdosa ini. Kurniaan Allah yang tidak terhingga besarnya walaupun dalam kelalaian saya terhadap perintahnya. Nikmat tidur lena dimalam hari tanpa dentuman letupan menggegar telinga. Nikmat merasai hangatnya pelukan suami setiap gelap malam hari saya berbanding wanita palestin yang pasrah dengan nasib suami mereka. Alangkah nikmatnya hidup saya ini. Dikurniakan rezeki setiap detik dan waktu yang berlalu melalui udara yang dikerongkongan dan paru-paru ini, melalui zat-zat makanan yang mengalir dalam saluran darah tubuh saya ini dan melalui pancaindera yang lengkap dan sempurna tanpa mengira kejahilan dan kedurhakaan saya terhadap kekuasaannya.

Dengan doa agar Allah memberkati hidup saya dengan pengampunannya, saya berazam untuk menggali lebih banyak ilmu dunia dan akhirat...Pohon Allah melindungi saya dari segala dosa dan maksiat, fitnah dunia, nafsu yang tidak pernah puas serta meminta agar diberikan kekuatan menangkis godaan syaitan musuh umat manusia yang nyata. Mengurangi mana yang mudarat, meninggalkan segala larangan,kelaziman yang sia-sia dan bersederhana dalam semua perkara. Memohon juga diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah Allah tanpa alasan dan penangguhan. Hambamu ini lemah dan hanya padamu kebergantungan hidup ku Ya Allah.

Friday, November 18, 2011

Umar Ibnu khattab sebagai pemimpin

Assalammualaikum,
Dari buku tujuh tokoh besar di dlm al Quran. Saidina Umar dilantik sebagai khalifah selepas Saidina Abu Bakar Assiddiq. semoga rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka berdua. Sebagai pemimpin Saidina Umar mengatakan kerajaan adalah ujian Allah kepada pemimpinnya dan pemimpin adalah ujian kepada rakyatnya. Begitulah dengan apa yg brlaku zaman ini. Sekiranya kita seorg pemimpin ingatlah organisasi atau jawatan kita itu adalah ujian bagi kita. Berhati2 lah apabila memimpin. Ikutlah perintah Allah. Jgn kita menjadi seperti Firaun yg mengaku dirinya tuhan. Atau kita bertindak bagaikn tuhan. Mengambil kesempatan atas kuasa yg ada dlm tangan. Berlaku zalim terhdp org bawahan dan menyalah gunakn kuasa utk kepentingan sendiri. Lihat saja apatg berlaku kepada Muammar Gaddafi, Saddam Husain, hosni Mubarak dan pemimpin lain yg rakyatnya memberontak keatas mereka. Akhirnya mereka jatuh dgn hina sekali. Pemimpin juga mesti memimpin berlandaskn perintah Allah. Undang-undang Islam bersumberkn al Quran n hadis mesti dijadikn asas pemerintahan. Kearah mana pemimpin hdk halakn org bawahannya.
Manakala sebagai rakyat pula kita perlu bijak memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yg menjuangkn Islam dan berdiri berlandaskn Islam. Jgn mudah menerima apa shj yg disogokkn kerajaan dgn mmbelakangkn tuntutan agama. Setia mmg penting, pemimpin ada hak utk diiktiraf Dan dihormati. Pd sy berkhidmat pada pemimpin dan krjn yg briman n adil mmg dituntut. Kajilah perlembagaan negara n kearah mana generasi kita ini hdk dibawa oleh pemimpin kita. Jika Ada yg tidak kena carilah jalan utk membetulknnya dan utamakn agama dlm setiap perkara.Sambung lagi nanti.

Monday, November 7, 2011

Adakah saya bahagia

Salam aidiladha,
Memang dah lama saya nak menulis tentang tajuk ini. Almaklum masa kadang-kadang cukup untuk melakukan yang wajib sahaja. Dan ada masanya mood menulis betul-betul tidak mahu bertandang dalam hati ini. Saya terpanggil untuk menulis akan tajuk ini lantaran pertemuan dengan sahabat lama lewat lawatan sambil kerjanya ke kuantan sebulan yang lalu. Hampir 20 tahun kami tidak berjumpa namun kami masih seperti dulu. Saya masih saya yang suka bercerita segala-galanya dan dia masih dia yang dulu seorang rakan pendengar yang setia. Satu pertanyaan darinya yang buat saya agak termangu untuk menjawab ialah pertanyaannya tentang tajuk ini. Adakah saya bahagia sekarang?

Mulanya agak terlopong juga mulut saya ketika hendak menjawab pertanyaan ini. Maybe kerana saya tidak pernah memikirkannya. Iyalah, untuk apa saya fikirkannya. Perlu ke kita fikirkan persoalan ini. Tapi dengan spontan dan selamba saya menjawab ' kadang bahagia dan kadang tidak '. Masalahnya soalan dia tidak berhenti disitu kerana dia bertanya bila saya bahagia dan bila saya rasa tidak bahagia? Well saya menjawab bila hidup saya dan hidup orang yang saya sayangi berjalan lancar tanpa gangguan dan halangan. Alhamdullilah selepas itu rakan saya tu berkata oklah kalau begitu. Kerana berasa lega dengan responnya yang positif, saya pun terus beralih ke persoalan lain. Tidak terfikir pula hendak bertanya soalan yang sama kepadanya sendiri.

Bila saya fikirkan semula, terfikir juga saya mengapa dia bertanya soalan ini kepada saya. Adakah saya kelihatan tidak bahagia ataupun memang dia bertujuan untuk menunjukkan rasa ambil beratnya terhadap saya. Dan saya juga berfikir adakah sememangnya saya bahagia. Saya memang tidak tahu. Maka saya mulakan pencarian akan erti bahagia itu sendiri. Tanda- tanda seorang itu bahagia dan bagaimana mencari kebahagian itu. Ada beberapa blog yang saya baca dan rencana tentang tajuk ini. Saya tertarik dengan satu blog yang merujuk akan hal ini berdasarkan landasan islam iaitu dari al quran dan hadis. Pandangan peribadinya juga agak berkaitan dengan realiti hidup kita ini dan banyak persamaannya dengan pandangan peribadi saya sendiri. Kelemahan saya ialah tidak mencatat nama penulis itu. Akan saya usahakan nanti. Terima kasih sekalung budi saya ucapkan terlebih dahulu kepada penulis blog itu. Sedikit sebanyak saya memahami erti bahagia itu.

Well, bahagia itu bergantung kepada hati seseorang itu. Jika hatinya sihat tidak sakit maka bahagia itu mudah dikecapi tetapi jika hatinya sakit maka bahagia bukan miliknya. Hati yang sakit bermaksud hati yang penuh sifat mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba dan bangga diri selalu menjadi hijab kepada rasa bahagia. Maka cubalah didik diri dengan menjauhi sifat-sifat ini.adakalanya orang meletakkan rasa bahagia itu kepada material misalnya dia rasa bahagia sangat kalau ada duit yang banyak dalam simpanan walaupun terpaksa ikat perut untuk membeli keperluan diri. Tengok figure kat buku bank pun dah buat dia senyum puas hati. Ada orang bahagia dapat shopping setiap kali keluar bandar walaupun hanya sepasang selipar baru untuk toilet. Ada orang rasa bahagia bila dapat beli barang yang sama dengan barang yang orang lain beli..nak bersaing kononnya. Saya rasa bahagia begini tak kekal lama dan sentiasa kena top up. Jangan sampai membazir sudah dan jangan pula sampai berhutang.

Bahagia itu sebenarnya relevan dengan kehidupan kita. Sejauh mana baiknya hidup kita ini. Punyai rumah yang sederhana dan dapat dijadikan tempat berlindung, punyai kenderaan yang mampu digunakan untuk mencari rezeki dan keperluan kehidupan, punyai keluarga yang tingkah lakunya alhamdullilah, punyai pekerjaan yang baik dan halal sudah cukup untuk menghadirkan rasa bahagia dalam hati. Walau dugaan atau halangan berselang seli dengan kegembiraan namun jika seseorang itu ada sifat syukur dan sabar bahagia tetap menjelma.Di situlah peri pentingnya hati dirawat dan dijagai dengan iman,ilmu dan akhlak. Salah satu caranya ialah dengan berzikir mengingati Allah kerana hati yang kosong akn dipenuhi syaitan durjana yang sentiasa mennamkan rasa gundah gulana dalam hati kita.

Antara cara untuk mendapatkan bahagia ialah dengan belajar menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada dalam hidup kita ini. Bandingkan dengan orang yang tak punya apa yang kita ada, pasti ada sekelumit bahagia disitu, jangan banding apa yang kita tak ada pula. Sebab Allah maha mengetahui mengapa kita tak ada benda itu. Pasti ada hikmahnya. Selain itu, elakkan dari terlalu mengenang kisah silam yang menjadi titik hitam hidup kita, jadikan ia sekadar teladan dan jsngan suka memasang angan-angan yang belum tentu tercapai. Ia akan membuat kita runsing akan masa depan. Usaha, doa dan bertawakallah dalam mencari bahagia kerana bahagia akan hafir dalam hidup insan yang sentiasa bersandar hanya kepada Allah bukn makhluk atau benda semata mata.

Ada juga orang yang berpndapat bahawa hidup ini tiada bahagia, kita lahir dengan tangisan, hidup bersama tangisan dan mati diiringi dengan tangisan. Pendapat sesat itu.... kerana bahagia dan tangisan ibarat adik-beradik dalam kehidupan manusia. Manakan tidak kerana dakam bahagia juga kadang-kala airmata kita mengalir. Namun satu perkara yang saya bangga dengan diri saya ialah apabila saya dapa merasakan bahagia apabila saya dapat membahagiakan orang lain tak kira sesiapa sahaja. Wassalam dulu.

Thursday, September 29, 2011

Tetamu di syawal lalu

Assalamualaikum....Syawal mmg hari kunjung mengunjungi. Tahun ni giliran sy menyambut raya di kuantn sblum balik ke sepang. Di Kuantan sy n family hanya mengunjungi saudara yg rapat n dekat kerana merekalah yg patut diutamakn. Sy n suami mgkhaskn hari raya pertama utk mengunjungi mereka manakala raya kedua kami merancg utk menerima kunjungan sahabat mahupun saudara mara. X lupa jika kwn2 anak2 nak brkunjung. Raya thn ni sy dikunjungi famili adik ipar bru sy, si manis Iqa Omar. Famili Nya termasuk adik sy sendiri berhari raya di Kota bharu rumah Mertua. On the way balik ke putrajaya mereka telah singgah dirumah saya. Sy sediakn makanan yg ala kadar shja tapi sungguh trharu apabila melihat encik Omar mkn dgn brselera skali. Lauk ikan tenggiri masak asam pedas licin dimkn. Sblum itu pd hari siangnya..kwn2 anak sy si Nafiz juga dtg mengunjungi kami. Sy menjamu mereka nasi briyani n Kari udang. Dua org gadis manis itu kwn sekolah tpi bkn sekelas Nafiz. Yg istimewanya mereka berbangsa Cina n India. Nafiz mmg brbeza. Dlm diam mengalahkn abg2nya apabila brjaya membawa balik anak dara org kerumah dlm usia plg muda. Itu usikn sy pd dia. Dia senang hati n bangga. Mmg wujud semangat satu Malaysia dirumah sy pd syawal kali ini. Alhamdullillah..walaupun yg mengunjungi tdklah seramai mana namun matlamat utama raya dpt dipenuhi. Syukur juga kpd Allah s.w.t kerana mmberi ruang masa n rezeki kpd sy utk menerima tetamu n mengunjungi saudara mara.