Powered By Blogger

Sunday, February 21, 2010

Minta maaf dan memaafkan

Saya memang seorang yang cepat marah tapi cepat juga sejuknya. Dan saya juga adalah seorang yang akan cepat minta maaf kalau saya bersalah dan akan mudah memaafkan orang. Pada saya tiada guna berdendam atau membenci seseorang. Saya juga rasa lapang kalau dapat minta maaf dan memaafkan orang. Ada orang memang sukar mengakui kesalahan sendiri, mungkin egonya terlalu tinggi atau malu teramat sangat jika mengakui kesalahan tapi saya tak ada salahnya mengakui kesalahan dan saya akan baiki dan teruskan kehidupan.
Dengan anak-anak saya akan maafkan diaorang walaupun mereka tak minta maaf dengan saya, walaupun kadangkala keluar yang kasar dari mulut saya..saya tetap maafkan diaorang. Banyak kali juga menangis dengan tingkah mereka tetapi itu semua pada saya adalah dugaan tuhan. Sebagaimana saya memaafkan orang lain saya juga harapkan orang lain maafkan kesalahan saya termasuklah kepada anak-anak dan suami. Pada rakan-rakan apa yang saya harapkan semuga tuhan bukakan hati mereka untuk memaafkan saya jika saya berbuat salah dan silap.
Saya cuba untuk menjadikan amalan meminta maaf apabila berjumpa dan berpisah dengan adik-beradik mahupun sanak saudara, kerana kita tak tau bila kita semua akan berjumpa lagi.Mungkin hari ini kita jumpa, minggu depan dengar dah meninggal dunia so tak sempat nak minta maaf. Rasa terkilan pulak.
Pada saya meminta maaf atau memaafkan tidak sesekali merendahkan martabat kita malah ia membersihkan hati dan melegakan hati dan memulihkan perhubungan. Harap-harap tuhan juga akan mengampunkan dosa saya yang bertimbun didunia ini.

No comments:

Post a Comment