Powered By Blogger

Thursday, February 11, 2010

Handling staffs

Saya bersyukur kerana pada usia yang agak muda telah berjaya menjadi salah seorang pentadbir sekolah..bukan guru besar..tapi deputynya..bukan senang tau..memang rezeki saya mungkin dan saya rasa saya memang layak. Bukan sebab gila kuasa tapi dengan jawatan ini saya dapat melaksanakan ilmu dan wawasan saya dalam dunia pendidikan. Bukan senang jadi pentadbir..pahit manis jadi hidangan. Kebanyakkannya pahit dan membuatkan saya semakin tua. Mental penat berfikir, badan penat bekerja manakala perasaan kena lebih banyak dikorbankan. Pucuk pangkalnya memang tidak berbaloi dengan gaji yang kita dapat. Namun sekiranya sesuatu perancangan yang dibuat berjalan lancar dan hasilnya dapat dilihat rasa kepuasan hati sangat tidak terhingga. Walau tiada siapa yang mengiktiraf atau disebut saya tetap rasa bangga dengan apa yang saya lakukan.
Disekolah saya ada lebih kurang 50 staf guru dan kakitangan. Terdiri dari berbagai latarbelakang dan potensi diri yang berbeza. Saya bahagikan staf saya kepada beberapa kumpulan mengikut kategori tertentu. misalnya :

1. Staf dan kawan
2. Setakat staf sahaja
3. Staf yang berhaluan kiri

Tanggapan begitu walaupun bukan sesuatu yang positif terpaksa saya lakukan kerana saya hanya manusia biasa yang kadangkala iman naik dan turun. Antara sebab :

Staf dan kawan

Kami saling menghormati, mereka memahami hasrat dan perancangan saya. Walaupun ada yang tak betul mereka beri feedback yang baik dan berbincang dengan cara yang baik, jujur dan bertolak ansur. Kami saling berkerjasama dan betul membetulkan. Hala tuju juga sama dari segi sudut kehidupan dan pendidikan. Kami berkongsi masalah dan boleh menerima kelemahan dalam diri masing-masing dan saling bertukar maklumat. Mereka menerima arahan saya dengan rela. Saya semenangnya mengharapkan staf ini dalam tunjang tugasan saya kerana mereka sanggup berkerja keras dan bertungkus lumus menjayakannya.

Setakat staf

Kami saling menghormati, memberi arahan atau tugasan dengan bimbingan sebelum sesuatu pelaksanaan mengikut garispanduan yang diberikan. Mereka menerima cadangan saya dan melakukan kerja mengikut kemampuan mereka dan saya berterima kasih atas kerjasama yang mereka berikan. Tapi setakat tu jelah. Tiada sendiri peribadi.

Staf tapi musuh

Hormat pada dasarnya namun saya hormati mereka sebagai seorang individu. Terpulang pada mereka untuk hormat saya atau tidak. Selalu membantah setiap perancangan yang diberikan tanpa penilaian yang adil dan kalau menerima pun dengan hati yang tidak rela dan akan mengumpat saya itu dan ini dibelakang saya. Pokok pangkalnya saya salah belaka. Tuhan sahaja yang mengubah persepsi mereka terhadap saya.

Saya sentiasa berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut dan berfikir dua kali sebelum mengambil apa-apa tindakan atau feedback terhadap setiap perlakuan atau cerita2 tentang staf saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri dalam hal peribadi mereka kecuali mereka bertanya pendapat saya. Namun selalunya saya bataskan diri dari bercerita tentang hal peribadi saya atau mereka dengan staf. Pada saya perbuatan ini jika tidak dipraktikkan akan memakan diri kita.

Saya masih mencari ilmu bagaimana menjadi pentadbir yang efektif dan diterima seadanya. Bukan mahu disanjung tetapi sekurang2 nya menrima sumbangan dan pengorbanan saya. Salam kasih sayan buat semua staf.

No comments:

Post a Comment