Powered By Blogger

Wednesday, December 1, 2010

Dalam masa 5 tahun mendatang ini..

Salam Barakah..
Emm..kalau difikirkan dalam masa 5 tahun ini apa yang saya inginkan dalam hidup saya. Pertama, saya dah bergelar guru besar..jika diizinkan Allah. Kedua, saya dah bergelar hajah..jika diizinkan Allah. Ketiga, saya dah bergelar ibu mertua..jika diizinkan Allah. Keempat, bergelar guru ngaji dengan izin Allah juga. Perlu ada perancangan utk capai semua tu dan dengan doa yg istiqamah. Dan dari setiap keinginan saya itu ada perincian yg saya ambil kira, guru besar yg macam mana, seorang hajah yg macam mana, menantu macam mana dan guru ngaji yang macam mana.
Jadi guru besar yang macam mana.
Guru besar yang berjaya membudayakan Islam dalam kehidupan pelajar dan guru. Bukan berhasrat membuka sekolah agama..klau dapat alhamdullillah. Pada saya..generasi sekarang perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya namun agak mustahil utk melaksanakan sepenuhnya dalam keadaan sekarang so sedikit sebanyak ajaran Quran dan hadis perlu dijadikan dasar dalam setiap program atau aktiviti dirancang. Contohnya budaya memberi salam dengan sempurna, kempen mengucapkan bismillah dalam setiap perbuatan, mengutamakan waktu sembahyang dalam setiap program dan memulakan sesuatu dengan doa akan menjadi amalan dan budaya pelajar dan guru. Ada lagi..byk lagi dan macam macam lagi..insyaallah. Musyawarah dalam setiap keputusan dibuat dan amalan sunah akan saya cuba jadikan budaya..byk ilmu perlu saya cari. Insyaallah saya cuba jika ada rezeki saya.

Monday, November 29, 2010

Maher Zain

fenomena baru
dunia hiburan
islamik
lunak merdu
bergetar jiwa alunan suaranya
tak jemu halwa telinga
menjadi siulan
dari muda dan dewasa mahupun kanak-kanak
kurniaan ilahi
dalam menyebut nama tuhan yang esa
alhamdullilah
membuka mata
kepada semua

melayan perasaan

salam barakah..
kita bukan budak muda yang gelandangan mencari perhatian pemuda-pemuda nakal dan bukan pula gadis sunti yg tahap estrogennya meliar x tentu hala..kita dah dewasa dan bertanggungjawab dalam pelbagai tugas dan tanggungjwb..fokuslah pada tugas selain ibadat yg perlu diperbanyak sebagai bekalan akhirat. Melayan perasaan sunyi nak berteman, merajuk apabila disakiti hati bukan prioriti..praktikallah dan letakkan tangungjawab sebagai agenda utama dalam tugasan seharian. ibadat mesti istiqamah semoga keberkatan hidup dikurniakan Allah. Malas berkata terlalu banyak kerana pasti bohong menjadi penyedap. Harus telitikan tugasan biar sistematik dan kemas dan ketetapan menyiapkan tugasan perlu diambil kira. Kadangkala duduk mengadap peti empat segi dirumah mencuri waktu berharga wlau menyedari kerja membukit tinggi..hai Siti cepat sedar diri..banyak lagi yg perlu dikejari.
Ilmu mesti sentiasa diisi biar pun hanya secebis ayat dari buku yang menyisih ditepi katil. Tak sampai 5 minit menatapi huruf-huruf..mata mulai layu terbayang gelap hari. Syaitan menyelurusi liang roma dan aliran darah. Ku sedari tapi terus lena yg panjang. Emmm..sedarlah diri selagi boleh menarik nafas dan berdiri tugasan banyak lagi.

success

Salam...emm
Syukur yg tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana saya sebahagian dari kejayaan yg dicapai sekolah. Gembira bukan x gembira..bila kali pertama saya mndengar berita bahawa sekolah saya berjaya berada ditempat pertama dalam kuantan dalam pencapaian UPSRnya. Alhamdullillah, solat hajat dan doa saya terjawab dengan keputusan yang sangat dibanggakan. menitis airmata apabila mendengarnya..suka duka dan cabaran yang ditempuh membuahkan hasil yang membanggakan. Pada saya ini kejayaan semua pihak bermula dengan guru-guru, murid-murid dan ibubapa. dengan kejayaan ini juga membuktikan perancangan saya bukan sia-sia,kerjasama dan kerja keras guru-guru juga bukan main-main dan usaha murid juga telah membuahkan hasil. kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A tahniah dan syabas dan kepada yang lain sebenarnya mereka telah lakukan yang terbaik untuk diri mereka. Saya bangga dengan semua usaha yang diberikan dan pada saya tiada titik berhenti dalam kerja saya. Perasaan gembira itu sekejap je saya rasakn kini telah berganti dengan perasaan bimbang dengan cabaran tahun hadapan pula. dapakah saya mengulangi lagi kejayaan ini atau pun sekadar tempat ke enam atau ketujuh.

Sunday, November 14, 2010

Leeza

Assalamualaikum
Kawanku Azliza Yuseh, kita bertemu setelah hampir 20 tahun tidak berjumpa. Leeza adalah kawan baik saya semasa tingkatan 6 di SMK teluk datuk,Banting, Selangor. Seorang lagi kawan baik ialah Siti Hawa Basri. kami bertiga dari kelas yang sama dan memang rapat. Rasanya mereka inilah teman rapat yang paling baik pernah saya ada. Teman yang tidak pernah menilai saya dari segi paras rupa, harta benda mahupun latarbelakang keluarga, begitu juga dengan tingkah laku saya. Mereka berdua tidak pernah melukakan hati saya dan tidak pernah menyakitkan hati saya walaupun saya kadangkala melupakan mereka.
Saya masih ingat lagi mereka berdua dan juga kawan saya Zaidi pernah merancang untuk mengadakan surprise birthday party untuk saya pada hari jadi saya yang ketujuh belas, maka mereka pun membeli sebiji kek birthday untuk saya pada hari tersebut, namun pada hari tersebut saya tidak datang kesekolah kerana saya celebrate birthday dengan boy friend saya Adnan...saya ingat lagi ketika Hawa dan Leeza menceritakan hal itu kepada saya 2 hari selepas itu...itu merupakan perkara yang paling menyedihkan saya dan saya sungguh menyesal tidak pergi kesekolah pada hari tersebut. Sehingga ke hari ini saya mengingati perkara tersebut dan rasakan perkataan maaf saya kepada mereka memang tidak mencukupi.
Hawa dan leeza, aku memang sayang korang berdua.

Friday, October 22, 2010

Rozaliya

Assalamualaikum..
Nama manis santapan telinga, rupa menawan santapan mata. Gadis ni hilang beberapa hari lepas selepas keluar dgn tunangnya utk memberi barangan perkahwinan. Akhirnya terbukti dia lari dari keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangannya. Saya pun xtau sebab sebenarnya kenapa dia xmahu berkahwin dgn tunangnya. katanya, dia telah nampak identiti sebenarnya tunangnya yg bersifat pemarah. X taulah betul ke tidak.
Hanya yang terfikir difikiran saya ialah sekiranya anak saya yang bertindak demikian..bagaimanakah perasaan saya. Panik dan risau pasti menyerang saya. Sedih dan berhati walang, x mkn dan minum mahupun tidur mengenangkan anak saya tu. Mati atau hidupkah dia, ditangkap perogol ke, dijadikan tebusan ke, dibawa lari dan dijadikan pelacur ke dan mcm2 lagilah kejahatan yg terbayang dimata..minta dijauhkan Allah dari berlaku kepada seluruh ahli keluarga ku Ya Rabbi. Pasti saya xhenti menangis dan merayu polis mencari anak saya. Dan betapa hancurnya hati walaupun sedikit lega kerana tahu dia masih selamat setelah mengetahui dia hanya melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan.
namun sebagai ibu saya tetap akan menerima anak saya kembali dan memaafkannya dan memeluknya dan merayunya supaya tidak berbuat sebegitu lagi. Saya akan bersedih kerana dia tidak berharap kepada saya untuk menceritakan masalahnya sehingga bertekad untuk melarikan diri. Mungkin dia berfikir yg si ibu ini tidak akan memahami masalahnya atau akan merasa malu untuk membatalkan perkahwinan yg telah dirancang atau dia tidak sanggup menyusahkan hati si ibu dan bapanya dgn ragamnya. Macam2 boleh jadi kan.
Tapi walau apapun kita tetap keluarga..walau seberat mana pun masalah rujuklah dan bergantunglah pad si ibu tuamu ini kerana semarah mana pun mereka mereka tetap akan menerima kita kembali dan insyaallah akan membantu.
Kepada Rozaliya selamat kembali kepada keluargamu dan kepada anak2 ku, si ibu ini merayu jika ada2 apa2 masalah datanglah kepangkuan ku..ibu sedia membantumu jika kamu benarkan. Sayang kamu semua...

Thursday, October 21, 2010

Alhamdullillah..

Allah lindungilah hambamu ni selalu dari dosa yang menyesatkan. sama sekali tidak akan hambamu ni mengotorkan blog ku ini dengan dosa mengumpat orang. Allah kupohon petunjuk dan hidayah dari mu. Hampir terjerumus tadi dengan niat nak bercerita dan mengutuk seseorang atas dasar tidak puas hati.

BERLAPANG DADA MAKSUDNYA REDHA DAN MEMAAFKAN

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Saya tahu saya perlu berlapang dada apabila dikomen atau dihentam dgn kata2 tajam manusia disekeliling saya. X kira siapa pun dia samada rakan mahupun musuh, samada orang atasan mahupun bawahan, samada org muda mahupun tua. Memang sakit hati apabila terdengar orang berkata yang bukan2 tentang kita..sakitnya menusuk2. Sampai kedalam sembahyang terkenang2, sentiasa berlegar2 dalam fikiran. Menyenakkan hati dan perasaan dan kadang2 menyebabkan kita rasa depress dan frust.
Selain itu kita juga teransang utk berprasangka buruk dgn org lain. Kerapkali apabila berlaku begini saya jadi terfikir2 apa salah saya sehingga ada org suka mengambil tahu hal2 saya mahupun keluarga saya. Namun setelah bergelut dgn perasaan gundah gulana tersebut saya mengambil keputusan utk membiarknnya berlalu...A.K.A buat pekak je.
Jalan yg paling baik bagi diri saya adalah dgn berdoa dan membaca Al-Quran. Bukan nak menunjuk2 yg saya ni alim atau warak tapi memang itulah cara saya meredakan tension. Mengadu kepada Ilahi. saya bukan jenis org yg suka bergaduh atau menyerang org mahupun bertekak dgn org. Untuk bersemuka juga saya takut disalah erti oleh orang tersebut. Kalau boleh saya tahan dan telan saya akan telan tetapi sekiranya hati ini terluka dan berdarah oleh kata nista manusia bermulut jamban dan berhati hempedu.
Kadangkala saya pelik dan hairan melihatkan perhatian yg diberikan orang kepada saya dan keluarga saya..bagaikan kami ini selebriti, semua hal nak ambil tahu..kalau hal saya dan keluarga sampai kepada mereka...mereka bagaikan mendapat intan permata..its a juicy gossip dan mereka akan sebarkan keseluruh pelusuk alam. Tapi kalau hal2 kroni2 mereka akan mereka tutup dalam peti besi serapat2nya. Tidakkah mereka tahu dan tidakkah mereka sedar yang mereka juga ada banyak kekurangan dan juga kelemahan seperti saya juga. Adakah mereka merasakan diri mereka kalis dosa seperti nabi Muhammad?
Dari buku yang saya baca, panduan yang saya cari dan nasihat yang saya dengar, ada beberapa langkah yang saya ambil apabila berhadapan perkara ini.
1. Beristighafar banyak2.
2. Muhasabah diri sendiri tentang hal tersebut.
3. Berdoa minta diberi kempunan dan kesabaran.
4. Memotivasikan diri sendiri agar tidak menyalahkn diri sendiri.
5. Memaafkn mereka yang mengata saya.
6. Penuhkan masa dan fokuskan fikiran pada aktiviti yang berfaedah.
7. barkongsi cerita dgn yg disayangi.
Dengan langkah2 yg sy ambil tadi sekurang2nya saya dapat menenangkan fikiran dan hati yang rawan. Akhirnya saya rasa berpuas hati walaupun dikata org kerana selagi dia mengata kita selagi itulah kebaikkan yg ada pada diri mereka akan diberikan kepada kita...siapa xnak walaupun xnampak. Saya percaya kepada hari akhirat dan disana nanti tiada tempat mengadu dan tiada tempat nak lari.
wassalam.

Sunday, October 3, 2010

Doa ku

Assalamualaikum..Ya Allah..hambamu memohon keampunan darimu atas segala dosa yang pernah kulakukan..hamba memohon diberi perlindungan dari hasutan iblis dan syaitan, dari kejahatan manusia dan kejahilan, dari aib dan fitnah serta kekufuran. Dari niat jahat dan pandangan yang serong. berikan hambamu kekuatan utk menghadapi segala dugaan dan janganlah kau palingkan hatiku dari kebenaran dan jalanmu.Tuhan maha pengasih lagi penyayang.

Apabila fikiran berserabut...

Selalunya apabila kerja bertindan, kepala pun mulai serabut. Saya pun apalagi..buat list to do..kdg2 berkesan. Boleh selesaikan kerja ikut priority dan yang mana satu nak hantar dulu tapi kadang2 bila ada interuption dari berbagai pihak mulalah hilang focus pada tugas, bosan, bengang(bukan bangang) dan letih. Saya pun mula buat kerja yg lari terus dari tugas. Contoh, mengemas meja dan almari dalam office walaupun x perlu buat, xde siapa tegur atau nak tengok dan meletihkan kerana dua tiga hari lepas tu keadaannya akan bersepah balik. Antara GPK yg ada kat sekolah ni meja saya mungkin tempat ketiga paling x kemas dan x cantik. Tempat pertama Kak Bi, kedua Tengku, ketiga saya n keempat En. Baharom. Itu pun mungkin sbb En. Baharom org lelaki kalau x mungkin sy tempat keempat. Bukan sy malas tapi xsempat.

Bila tengok meja n tempat keliling kemas dan cantik, rasa teruja n happy plak. Walau kerja lain terbengkalai. Ironi nya.

Tuesday, September 28, 2010

Berubah kepada yang lebih baik..

Assalammualaikum..
Emm..bukan selama ini kita x baik tapi adakalanya kita bukan kita..dalam situasi tertentu emosi menguasai diri dan kita berevolusi menjadi negatif..kadangkala didikan dan amalan menjadi kebiasaan..dan kita merasakan yang xbaik itu baik..koreksi diri, muhasabah diri dan nilai sendiri yg mana perlu diubah. Bak kata org musuh adalah paling berfungsi dalam mengkritik diri kita, kdgkala kita xnampak dimana salah n silap kita mahupun kelemahan dlm diri kita.

Saya pernah dikatakan sombong kerana raut wajah yg agak dingin dan masam. Ada juga yg kata takut nak tegur kerana airmuka yg garang n serius...tapi sebenarnya tidak..sy xperasan pun sy masam atau dingin atau garang n serius. Ehem2..garang skit n tegas tu ye..hahaha..tapi xbermakna sy sombong. Saya seorg yg open minded n bleh menerima sesiapa shj..tanpa mengira status..kaya/miskin, lelaki/perempuan mahupun bangsa n agama seseorg itu..wlupun dia pondan atau pelacur...tapi penjenayah sy takut..bukan hina..maaf.

Saya ingin berubah dalam beberapa perkara yg saya rasa mesti dan perlu :

1. Mesti lebih taat dgn perintah Allah.
2. Mesti lebih sabar dan istiqamah dalam karier saya.
3. Mesti lebih bersistematik dalam kerja.
4. Mesti sabar menghadapi karenah anak, suami, anak murid saya, staf n ketua saya.

nanti sambung lagi nak masuk kelas dulu..

Sunday, June 13, 2010

Website anti Islam

Semalam semasa menyibuk tengok yaya chat dgn fabyan temannya dari Indonesia sy tgk sekali website yg hina Nabi n Islam...secara terang-terangan n live didepan kita. Banyak pandangan sy tentang isu ini...first sy kagumi Fabyan yg pd pandgn kasar seorg yg rugged, moderen bahasa Indonesianya dan masih muda peka tentang web begini dan cuba sampaikn kepada anak sy. Kedua, web begini semakin meluas dlam fb..sy pernah tgk web2 lain yg juga menghina Islam dan nabi kita..mana penghujungnya dan apa tindakan kita..saya x sanggup baca dan ada juga memberi comment dlm laman itu. Tidak pernah pula sy baca website yg menghina agama lain..ada ke...maybe saya yg tak tau..nanti nak cari..Ketiga, yg menulis atau cipta laman ni juga terdiri dari anak2 muda dari agama lain yg sy rasa tidak ada ilmu agama sendiri secukupnya so cakap sebarang jelah...tapi mana pergi anak2 muda islam kita..sepatutnya merekalah jadi pahlawan Islam dalam dunia cyber yg perlu mmpertahankan Islam dari dihina begini... anak saya sendiri saya lihat tidak memberi komen apa2 apabila agamanya dihina...sekadar membaca dan diam dan kemudian sambung chatting dgn kawan2nya. Emmm..pelik..mungkin ilmunya xde, mungkin hatinya xtersentuh..but how come????it is ur religion n faith...u should get angry and sad..Ya Allah ampunilah hamba mu ini. i should do something..

Gaza n Israel

Memang tiada kesudahannnya, Israel dah tau keangguhan bangsa Yahudi ni yg sejak azali lagi memusuhi Islam dan ganas menindas Pelestin dgn bantuan sekutunya Amerika tapi yg peliknya kenapa Mesir, kerajaan Islam yg bukn sahaja kaya tapi dekat dgn Pelestin butakn mata..xnak bantu lansung..maybe kerajaan dia je kot..rakyat dia ada yg bantu. Peristiwa menawanan kapal bantuan NGO di perairan antarabangsa oleh Israel adalah peristiwa yg mmg menyakitkn hti. Wlau sy x hairan dgn perlakuan Israel ni tapi hati mmg benci betul dgn Israel. Dah tau trademark Israel yg akan buat apa shj utk halang bantuan ke Gaza. Kepada semua ktivis yg terlibat saya tabik kamu semua. Kepada yg terkorban insyaallah anda syahid dan fatihah utk mereka. Saya baca dlm paper jenazah mereka seharum kasturi apabila dicium org. Sebak hati sy.

Nak catch up dgn semua

Dah lama x update blog. Mengapa? Banyak sebb dan alasan dan dalih yg boleh diberi. Ahh...xpayah beri sebablah kerana yg penting hari ni terbuka hati nak update. Banyk perkara yg nak dicatatkn dlm blog ni. Niat hati nak cattkn semua yg berlaku dlm dua tiga bulan ni. Tgk jelah nanti setakat mana yg boleh. Nak catch up dgn kerja rumah yg xpernah habis, nak catch dgn keje office yg tertangguh n blum diselesaikan, nak catch up dgn regim baru menuju good hygiene n good health, nak catch up dgn study anak yg nak ambil exam, nak catch up dgn aktiviti family n mcm2 lagi. Ok hajar...jangan list semua nanti serabut kpala. Cuba bahagikan waktu n selesikn satu2. Kena cari bantuan org n atur ikut necessity...hahha..got the formula...

Wednesday, March 17, 2010

harapanku

harapanku
mendapat keampunan dan keredhaan Allah
(sebab aku banyak sangat dosa dengan tuhan)
harapanku
dapat ketempat kerja dengan hati yang tenang
(semua cikgu datang so aku xyah buat relief, kerja dapat dibereskan mengikut waktu, xde cikgu yg menyakitkan ati)
harapanku
yaya menjadi anak yang solehah
(dia pakai tudung, x tinggal sembahyang, jaga tingkah laku)
harapanku
anak-anakku diterangkan hati dalam pelajaran
(Naquib susah nak hafal fakta,lemah dalam matematik)
(Nabil malas nak ulangkaji subjek)
harapanku
dipermudahkan urusan didunia
(kadang-kala ada sahaja halangan semasa melaksanakan kerja)
banyak lagi harapan yang lain
hanya pada tuhan sahaja aku berharap dan memohon pertolongan.

Monday, February 22, 2010

my favourite





















Keempat-empatnya saya dah baca. Love them, admire the author and cherished them. 2 novel telah dijadikan movie and eclipse klau x silap akan dilancarkan Jun tahun ni. X sabar nak tengok. Novel graphicnya akan dilancarkan march thn ni. Untuk breaking dawn yg tengah di pre productionkan mungkin menemui peminat 2011.


Walaupun ceritanya, cerita khayalan dan mungkin boleh diangkat menjadi cerita dongeng mengantikan cerita2 lama masa kita kecil dulu mcm cerita Snow White, Cinderella, Sleeping beauty atau yg lain-lain, saya cukup kagum dengan daya imaginasi penulisnya yang boleh mengubah watak jahat,hitam dan kejam menjadi watak putih yang bersifat manusiawi dan bertambah hebat dengan anugerah super hero pada sesetengah wataknya. Misalnya Edward boleh membaca pemikiran orang lain kecuali pemikiran Bella. Manakala Bella keistimewaannya ialah tiada siapa pun boleh membaca pemikirannya.


Saya mengulang-ngulang baca setiap buku lebih dari satu kali. Paling banyak ulang baca buku Breaking Dawn kerana masa ni Bella telah beralih menjadi Vampire. Pelik pula rasa, kenapa bila sebut pontianak rasa cam takut je, tapi bila sebut vampire rasa cam lebih baik plak. Kenapa saya ulang, sebab seronok jalan ceritanya, kedua sebab nak memahami jalan cerita dengan betul, sebab ada perkataan yang saya x faham dan nak check maknanya dan saya suka akan beberapa watak dan plot cerita.


Filem pula saya rasa yang pertama lebih memberi kesan. Watak2 vampirenya lebih manusia dari dalam new moon. New Moon lebih ringkas dan direct berbanding twilight. Watak Edward dan Bella juga lebih realistik dan mendalam. Penggunaan effeck dan muzik lebih melankoli dan lembut mendayu-dayu berbanding new moon. Apapun saya tetap minat cerita ni.

Sunday, February 21, 2010

Minta maaf dan memaafkan

Saya memang seorang yang cepat marah tapi cepat juga sejuknya. Dan saya juga adalah seorang yang akan cepat minta maaf kalau saya bersalah dan akan mudah memaafkan orang. Pada saya tiada guna berdendam atau membenci seseorang. Saya juga rasa lapang kalau dapat minta maaf dan memaafkan orang. Ada orang memang sukar mengakui kesalahan sendiri, mungkin egonya terlalu tinggi atau malu teramat sangat jika mengakui kesalahan tapi saya tak ada salahnya mengakui kesalahan dan saya akan baiki dan teruskan kehidupan.
Dengan anak-anak saya akan maafkan diaorang walaupun mereka tak minta maaf dengan saya, walaupun kadangkala keluar yang kasar dari mulut saya..saya tetap maafkan diaorang. Banyak kali juga menangis dengan tingkah mereka tetapi itu semua pada saya adalah dugaan tuhan. Sebagaimana saya memaafkan orang lain saya juga harapkan orang lain maafkan kesalahan saya termasuklah kepada anak-anak dan suami. Pada rakan-rakan apa yang saya harapkan semuga tuhan bukakan hati mereka untuk memaafkan saya jika saya berbuat salah dan silap.
Saya cuba untuk menjadikan amalan meminta maaf apabila berjumpa dan berpisah dengan adik-beradik mahupun sanak saudara, kerana kita tak tau bila kita semua akan berjumpa lagi.Mungkin hari ini kita jumpa, minggu depan dengar dah meninggal dunia so tak sempat nak minta maaf. Rasa terkilan pulak.
Pada saya meminta maaf atau memaafkan tidak sesekali merendahkan martabat kita malah ia membersihkan hati dan melegakan hati dan memulihkan perhubungan. Harap-harap tuhan juga akan mengampunkan dosa saya yang bertimbun didunia ini.

Wednesday, February 17, 2010

Mesti ada motivation diri

Ha..ha..lepas cuti je biasalah..malas nak start keje semula. Exhausted je rasanya. Mata nak tidur..rasa macam x cukup tidur je. Peliknya tengok tv sampai midnight x rasa ngantuk plak..but when I want to start working je rasa ketat je mata ni. Well..itu semua mainan psikologi dalam kepala..perlu kita kejutkan jiwa kita ni..so I knock my head a few time then ask myself my target and pick up my big bum. Working siti...get focus. Motivation is very important, target and planning can be big but the key to success is how grand is your motivation.

Without planning you are planning to fail, without motivation you are lifeless.

I keep my motivation simple and practical like buying a new blouse for me or even buying new story book, but sometimes I always ask my husband to take part in it. Take me to a movie or buy new handbag or eating at my favourite restaurant are part of it. Anyway, I think with or without motivation you still have to face the fact that the feel of responsibility playing important role in making sure you do your work. Happy long working hours...da..da.

Sunday, February 14, 2010

Bandaraya Melaka













Ini gambar dari internet, nanti saya download foto kami satu family kat kota ni. Melaka memang dah berubah..lebih cosmo dari masa saya gi 10 tahun dulu. Perkataan pertama untuk describe Melaka...Pening..kedua..sesak..ketiga...mahal...semuanya kerana beberapa sebab. Satu..kami dah lama x dtg sini...memanglah x tau tempat yang selesa,sesuai dan berpatutan..so x bolehlah nak ckp negatif je. Tapi enjoy gak gi tempat org dan dapat gak pengalaman baru baru. Orang Melaka ada yang terlebih peramah dan ada juga yang sombong. Mcm lain2 tempat gak. Namun begitu..asam pedas Melaka yang popular tu x dapat juga menandingi asam pedas mak saya masak. Ok dulu nanti saya sambung lagi.

Kebaya nyonya idaman hati setiap perempuan
















Saya gi Melaka ngan famili cuti CNY ni, nampak baju kebaya yang memang cantik-cantik. Dalam ati kalau dapatlah pakai baju ni mesti glamour abis. Itu angan2 je, hakikatnya kalau saya pakai jadi salut nangkalah aku. So forget it.. masa muda dulu bolehlah..pinggang 24-26..sekarang nah kau..nak sebut pun malu..hehe.
Ada syarat nak pakai baju kebaya nyonya ni. First...pinggang kene kecik..pastu..mesti daring..sebab materialnya jarangs skit..kena pakai dengan tiub...then kena high confidence sebab mesti jadi attraction dalam majlis..orang akan pandang dua kali..x kira lawa tau x..then kena ada duit lebih skit sebab kebaya nyonya yang cantik and good quality mahal harganya..lebih dari rm 150. Lagi satu kena betulkan gaya berjalan..jangan kengkang sebab kain dia sendat dan paling cun kalau terbelah depan..so jalan kena jaga. So kalau sapa-sapa yang berminat nak pakai kebaya nyonya...good luck banyak2 dan teruskan usaha fizikal dan mental..anda boleh. Tapi my advice klau usia dah senja dan badan dah out of date x yahlah pakai. Lebih-lebih lagi yang bertudung..x relevant lansung..pakai tudung tapi baju jarang and kain belah. Konsep halal haram. hehehe. Saya suka pakai jubah je sekarang. Longgar banyak dan selesa.

Thursday, February 11, 2010

Handling staffs

Saya bersyukur kerana pada usia yang agak muda telah berjaya menjadi salah seorang pentadbir sekolah..bukan guru besar..tapi deputynya..bukan senang tau..memang rezeki saya mungkin dan saya rasa saya memang layak. Bukan sebab gila kuasa tapi dengan jawatan ini saya dapat melaksanakan ilmu dan wawasan saya dalam dunia pendidikan. Bukan senang jadi pentadbir..pahit manis jadi hidangan. Kebanyakkannya pahit dan membuatkan saya semakin tua. Mental penat berfikir, badan penat bekerja manakala perasaan kena lebih banyak dikorbankan. Pucuk pangkalnya memang tidak berbaloi dengan gaji yang kita dapat. Namun sekiranya sesuatu perancangan yang dibuat berjalan lancar dan hasilnya dapat dilihat rasa kepuasan hati sangat tidak terhingga. Walau tiada siapa yang mengiktiraf atau disebut saya tetap rasa bangga dengan apa yang saya lakukan.
Disekolah saya ada lebih kurang 50 staf guru dan kakitangan. Terdiri dari berbagai latarbelakang dan potensi diri yang berbeza. Saya bahagikan staf saya kepada beberapa kumpulan mengikut kategori tertentu. misalnya :

1. Staf dan kawan
2. Setakat staf sahaja
3. Staf yang berhaluan kiri

Tanggapan begitu walaupun bukan sesuatu yang positif terpaksa saya lakukan kerana saya hanya manusia biasa yang kadangkala iman naik dan turun. Antara sebab :

Staf dan kawan

Kami saling menghormati, mereka memahami hasrat dan perancangan saya. Walaupun ada yang tak betul mereka beri feedback yang baik dan berbincang dengan cara yang baik, jujur dan bertolak ansur. Kami saling berkerjasama dan betul membetulkan. Hala tuju juga sama dari segi sudut kehidupan dan pendidikan. Kami berkongsi masalah dan boleh menerima kelemahan dalam diri masing-masing dan saling bertukar maklumat. Mereka menerima arahan saya dengan rela. Saya semenangnya mengharapkan staf ini dalam tunjang tugasan saya kerana mereka sanggup berkerja keras dan bertungkus lumus menjayakannya.

Setakat staf

Kami saling menghormati, memberi arahan atau tugasan dengan bimbingan sebelum sesuatu pelaksanaan mengikut garispanduan yang diberikan. Mereka menerima cadangan saya dan melakukan kerja mengikut kemampuan mereka dan saya berterima kasih atas kerjasama yang mereka berikan. Tapi setakat tu jelah. Tiada sendiri peribadi.

Staf tapi musuh

Hormat pada dasarnya namun saya hormati mereka sebagai seorang individu. Terpulang pada mereka untuk hormat saya atau tidak. Selalu membantah setiap perancangan yang diberikan tanpa penilaian yang adil dan kalau menerima pun dengan hati yang tidak rela dan akan mengumpat saya itu dan ini dibelakang saya. Pokok pangkalnya saya salah belaka. Tuhan sahaja yang mengubah persepsi mereka terhadap saya.

Saya sentiasa berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut dan berfikir dua kali sebelum mengambil apa-apa tindakan atau feedback terhadap setiap perlakuan atau cerita2 tentang staf saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri dalam hal peribadi mereka kecuali mereka bertanya pendapat saya. Namun selalunya saya bataskan diri dari bercerita tentang hal peribadi saya atau mereka dengan staf. Pada saya perbuatan ini jika tidak dipraktikkan akan memakan diri kita.

Saya masih mencari ilmu bagaimana menjadi pentadbir yang efektif dan diterima seadanya. Bukan mahu disanjung tetapi sekurang2 nya menrima sumbangan dan pengorbanan saya. Salam kasih sayan buat semua staf.

Wednesday, February 3, 2010

Menilai prestasi orang

Selama bekerja saya tidak pernah mempertikaikan markah prestasi yang diberi kepada saya oleh majikan. Saya terima saja asalkan saya naik gaji setiap tahun (sikit je naik). Pada saya, biarlah orang atasan menjalankan kerja mereka dalam menilai saya dan saya redha. Saya sendiri sedar saya bukanlah sehebat mana, disana sini ada kurangnya dalam menjalankan tugas dan saya rasa mereka lebih arif dalam menjalankan kerja mereka. Saya tidak pernah ambil tahu berapa markah yang diberi dan jika saya tau pun saya tidak pernah mempertikaikan markah yang diberi.
Kini saya dipihak pentadbiran. Ternyata tugas ini satu bebanan bagi saya dari segi fizikal dan mental. Staff saya seramai 48 orang berbagai ragam dan kehendak. Ada yang sensitif dalam hal prestasi, ada yang terima saja, ada yang terima didepan bersungut dibelakang (mengata orang atas tak adil) dan ada juga yang memang mulut jahat(menabur fitnah) tanpa ada asas yang kukuh. Siapa yang taknak markah tinggi tapi persoalan nya adakah kita betul-betul layak. Ada staf yang datang berjumpa saya bertanya cara saya memberikan markah atas dasar apa...katanya dia tidak berpuas hati dengan markah yang diberi dan dia sememangnya mengambil tahu akan pencapaian prestasinya setiap tahun. Saya menjelaskan bahawa buat mengikut garispanduan yang diberi dan juga selepas berbincang dengan GPK yang lain tentang pemberian markah. Ada juga yang datang untuk meminta markah tinggi dari saya atas dasar ihsan(bunyinya macam minta sedekah) sebab tu kerajaan Kelantan tak mahu royalti minyak di gelar duit ihsan iaitu sesuatu yang kalau ada..adalah kalau xde..xdelah walaupun katanya dia tau dia memang xlayak nak dapat markah tinggi. Pada saya tindakan itu adalah satu tanggapan negatif kepada saya, mungkin pada dia, saya ini mudah dipengaruhi atau tidak pandai menilai atau pun pada mereka saya ini seorang yang lebih kurang sahaja dalam kerja. Saya lebih suka mereka bertanya berapa markah yang saya berikan dan minta perincian markah itu atas dasar tertentu. Kalau mereka setuju mereka terima dan jika x setuju mereka bentangkan pandangan mereka bersama bukti. Itu lebih baik.
Setelah berhempas pulas membuat penilaian selama seminggu, saya membuat kesimpulan bahawa tugas ini bukan mudah dan ia memerlukan kewarasan fikiran, penelitian yang jitu, pertimbangan yang adil dan win-win, bukti2 yang berkaitan dan akhir sekali persetujuan bos yang paling penting kerana tanpa restu bos kerja keras kita sia-sia sahaja.

Tuesday, February 2, 2010

Cabaran baru 2010

~Tahun baru bermakna new challenge...sebab situasi dan individu tahun lepas x sama dengan tahun ni. Masuk kelas baru muridnya pun baru dan orang baru macam kita bukan senang diterima. Oleh itu pastikan kita bersedia mental dan fizikal sebelum masuk kelas.
~Mula2 masuk mereka semua pandang tepat kemuka saya dengan tanggapan yang berbeza. Ada yang keliru, ada yang pandang sinis, ada yang buat tak peduli, ada yang excited dan ada yang menolak walau saya belum bermula.
~Saya menerima ini sebagai satu cabaran dan memberi mereka masa untuk mengenali saya dan saya beri diri saya masa juga untuk menyediakan diri menghadapi mereka. Pada saya mereka bukanlah murid2 mentah yang menerima apa sahaja tanpa tapisan dan mereka lebih telus dari kita.
~Bukan itu shaja bahkan mereka berani mengkritik dan bersoal jawab dengan kita dan seandainya kita tidak bersedia, kita kan malu dihadapan mereka.
~kini saya nampak beberapa perubahan, mereka mula menerima saya dan cara saya mengajar. saya sudah nampak pengharapan dan kepercayaan mereka terhadap saya. Itu yang saya mahu. Dan harapan saya... mereka akan menerima saya sejujurnya dan saya kan menakluki hati mereka seikhlasnya. Saya tidak minta disanjung dan dipuja tetapi saya harapkan kejayaan mereka dari usaha yang saya curahkan dan saya dikenang sebagai salah seorang individu yang memeberi sumbangan dalam hidup mereka.

~ Anak2 didikku semoga kamu semua success selalu ~

Time management...most important

Banyaknya pencuri masa....
TV programme..x sedap pun tengok gak
Tidur petang...kadang2 sedap gak, alasan badan letih
Main game... bila bosan melanda and keje banyak sangat x tau nak buat mana satu best gak main game..hehe
Facebook and layan email...benda baru mesti venturekan..lepas ni kena masak.
Borak ngan hubby....kadang sampai x sedar dah malam, tapi ni masa kualiti

Lepas buat semua tu mulalah kata masa x cukup...salah siapa??
Sendiri pikir.

Sunday, January 31, 2010

Judging people around us

Sometimes, kita suka judge orang sekeliling kita dengan melabel mereka sebagai pentingkan diri, degil atau pemalas...tapi kita tak pernah ambil tahu apa yang berlaku dalam life mereka. Complain dah jadi amalan, membebel dah jadi tabiat semula jadi dan kita masih mengatakan yang kita sentiasa betul. Apa salahnya kita jadi seorang pendengar pula, menerima tanpa perlu menilai, kritik atau membuat keputusan. Who are we to judge people right or wrong or even saying a single word like stupid to other person tapi kita memang suka judge orang sebab kita rasa macam sangat berkuasa bila judge orang.

It is never too late to have a blog

Haha... I have my own blog. Bukan apa tapi rasa cam ketinggalan zaman kalau tak catch up dengan teknologi moden ni. Bukan nak glamor tapi rasa ianya satu cara nak release tension and kongsi idea. Memang tak hebat mana but I will do my best and will catch up with those expertise out there.