Powered By Blogger

Wednesday, February 3, 2010

Menilai prestasi orang

Selama bekerja saya tidak pernah mempertikaikan markah prestasi yang diberi kepada saya oleh majikan. Saya terima saja asalkan saya naik gaji setiap tahun (sikit je naik). Pada saya, biarlah orang atasan menjalankan kerja mereka dalam menilai saya dan saya redha. Saya sendiri sedar saya bukanlah sehebat mana, disana sini ada kurangnya dalam menjalankan tugas dan saya rasa mereka lebih arif dalam menjalankan kerja mereka. Saya tidak pernah ambil tahu berapa markah yang diberi dan jika saya tau pun saya tidak pernah mempertikaikan markah yang diberi.
Kini saya dipihak pentadbiran. Ternyata tugas ini satu bebanan bagi saya dari segi fizikal dan mental. Staff saya seramai 48 orang berbagai ragam dan kehendak. Ada yang sensitif dalam hal prestasi, ada yang terima saja, ada yang terima didepan bersungut dibelakang (mengata orang atas tak adil) dan ada juga yang memang mulut jahat(menabur fitnah) tanpa ada asas yang kukuh. Siapa yang taknak markah tinggi tapi persoalan nya adakah kita betul-betul layak. Ada staf yang datang berjumpa saya bertanya cara saya memberikan markah atas dasar apa...katanya dia tidak berpuas hati dengan markah yang diberi dan dia sememangnya mengambil tahu akan pencapaian prestasinya setiap tahun. Saya menjelaskan bahawa buat mengikut garispanduan yang diberi dan juga selepas berbincang dengan GPK yang lain tentang pemberian markah. Ada juga yang datang untuk meminta markah tinggi dari saya atas dasar ihsan(bunyinya macam minta sedekah) sebab tu kerajaan Kelantan tak mahu royalti minyak di gelar duit ihsan iaitu sesuatu yang kalau ada..adalah kalau xde..xdelah walaupun katanya dia tau dia memang xlayak nak dapat markah tinggi. Pada saya tindakan itu adalah satu tanggapan negatif kepada saya, mungkin pada dia, saya ini mudah dipengaruhi atau tidak pandai menilai atau pun pada mereka saya ini seorang yang lebih kurang sahaja dalam kerja. Saya lebih suka mereka bertanya berapa markah yang saya berikan dan minta perincian markah itu atas dasar tertentu. Kalau mereka setuju mereka terima dan jika x setuju mereka bentangkan pandangan mereka bersama bukti. Itu lebih baik.
Setelah berhempas pulas membuat penilaian selama seminggu, saya membuat kesimpulan bahawa tugas ini bukan mudah dan ia memerlukan kewarasan fikiran, penelitian yang jitu, pertimbangan yang adil dan win-win, bukti2 yang berkaitan dan akhir sekali persetujuan bos yang paling penting kerana tanpa restu bos kerja keras kita sia-sia sahaja.

No comments:

Post a Comment