Powered By Blogger

Wednesday, May 25, 2011

Perjalanan umrah ku 2

Mengimbas kembali 6 bulan sebelum tarikh umrah sy ini, sy byk mencari maklumat akan pakej2 umrah. Kami sebenarnya merancang utk mencari pakej umrah ziarah..maksudnya membuat umrah dan melancong ke timur tengah sekali samada ke turkey atau jordan. Saya suft internet utk mncari pakej yg menarik dgn harga yg berpatutan. Namun kebanyakkan pakej umrah ziarah adalah diluar cuti sekolah sedangkn sebagai guru sy tidak mmpunyai peruntukan cuti yg byk utk umrah. sy hanya bleh menunaikn umrah dalam waktu cuti..so memandang ibadah umrah adalah idaman sy maka sy trpaksa melupakn hasrat utk ziarah kemana2. Akhirnya sy mbuat keputrusn utk singgah ke pejabat CS Holiday di Tanah Putih Baru. Setelah beberapa kali gagal utk brurusn kerana pejabatnya tutup akhirnya sy bjaya berurusn dgn keraninya yg bernama Lin. Sekali berurusan sy terus book tempat. Masa tu sy pergi bsendirian tanpa suami. Suami sy menyerahkan urusan pemilihan pakej kpd sy dan segala maklumat sy sampaikn padanya. Oleh klerana penguasaha pakej adalah org tempatan maka suami berasa lebih yakin begitu juga dgn sy. Saya tidak berlegar2 ke syarikat lain lgi. Mungkin juga itu takdir Allah buat kami.
Syarikat mengadakan kursus umrah sebanyak 3 kali. Bermula bulan 3, kemudian 4 dan sekali lagi pada seminggu sebelum tarikh berangkat. Pakej2 ini sgt berguna sekali. Ilmu byk sy perolehi dari ketiga2 kursus ini. Walaupun pengisiannya sama tetapi penyampainya ustaz yg brlainan. Sy hadir ketiga2 program. Ustaz Badrul yg rupa2nya adalah suami kepada tutor sy pn Nurihan adalah salah seorg mutawif yg akan membawa rombongan umrah. Dalam kursus tersebut dia menekankan kepada pembersihan rohani, jasmani dan juga penetapan niat dlm menunaikn umrah. Ustaz juga menasihatkan kami agar memantapkan lagi ibadah kepada Allah. Ibadah wajib jgn sekali2 ditinggal manakala yg sunat tingkatknlah dan buat seperti ianya wajib. dari situ sy mula menunaikn solat2 sunat rawatib dan mpelajari solat2 sunat yg lain. Selama ini sy amalkan solat sunat taubat dan hajat setiap hari. Terima kasih ustaz atas bimbingan diberikn.
Ustaz hafizul seorg yg agak kelakar dgn bila brckp ada slange org Pekan skit. Dia byk bagi panduan dalam ibadah umrah itu sendiri. Apa yg boleh dan xbleh, pantang larang dan perkara hakikat yg akan kami hadapi disana. Dia juga memberi pandangan, pendapat dan nasihat tentang umrah. Contohnya dia meminta kami sediakan duit utk membeli quran dan sedekahkn kepada masjidil haram utk kegunaan org ramai dan sy rasa itu satu cdgn yg cukup brfaedah.
Ustaz ketiga adalah ustaz Amir tapi sy tdk berapa mengikuti kelasnya pada hari itu kerana sy duduk diluar dan dia lebih byk berckp dgn jemaah lelaki terutama tentang panduan bpakaian ihram. namun sy sempat mendengar ajaran nya tentang solat jamak dan qasar semasa dlm perjalanan. Semua ilmu yg disampaikn adalah amat berguna.
Selain dari itu syarikat umrah juga mbekalkn kami dgn senaskah buku panduan umrah yg pada sy sgt mbantu terutama tentang tentatif perjanan. Mandi solat musafir, solat sunat musafir, solat wuduk, doa sebelum, semasa dan apabila sampai smua diberikn panduan. Bacaan tasbih,talbiah dan doa2 juga ada dlm buku ini. Sy amat brterima kasih. saya memohon Allah dapat memandang dan menerima ibadah sy yg byk kekurangan ini dan sy berazam utk membaikinya lagi.

Perjalanan umrah ku 1

Assalammualaikum..
Saya mula mengimpikan umrah atau haji kira2 2 thn lepas. Selepas saya rasakan diri saya dekat dgn Allah pencipta alam ni. Alhamdullillah Allah menghantar berbagai dugaan dan ujian serta petunjuk dan hidayahnya kepada saya agar lebih mendekatkan diri kepadanya. Dengan dugaan dan ujian saya semakin mantap dalam beribadah, mula merasa kelazatan beribadah dan berjaya menjalani kehidupan dengan melebihkan ibadah saya kepada Allah. Saya sentiasa mengadu dan meminta pertolongan dari Allah kerana harapan dan pertolongan daripada manusia lain amat menghampakn saya. Hanya dgn mengingati Allah hati saya kembali tenang.
Dari situlah sy mula mengidamkn umrah dan haji. Kerana merasakan yg dosa sy terlalu byk dan ingin mendapatkan keampunan Allah, sy merasakan menjadi tetamu Allah di Baitullah bakal meraih keampunan dari Allah insyaallah. Saya mula berdoa kpd Allah agar dimurahkn rezeki dan diberi peluang agar dpt menunaikn umrah. Setiap kali terdengar sahabat atau saudara mara ke Mekah sy berasa amat cemburu..tuhan sahaja yg tau betapa jelesnya saya. Namun sy tidak pernah berputus asa brdoa kpd Allah agar mberi sy jalan utk menunaikn ibadah ini.
Pada awal tahun lps..suami sy menyatakn yg dia mpunyai ckp duit utk menunaikn umrah bersama2 sy. Excited x terkata n sy mula membuat survey akn pakej2 umrah dan mula merancang tarikh. Adik dan mak sy mempunyai pengalaman dlm menunaikn umrah dan mereka bahan rujukan sy. Adik sy anis pergi bersama suaminya dan mak sy menunaikn umrah dgn syarikat Andalusia. Memuaskn kata mereka. Seronok x terkata dan berulang kali menyatakn keberkatan kesana.Mereka selalu bercerita dan ini mbakar semangat sy. Selepas itu adik sy hashrin dan isterinya salamah pula pergi pada bulan Ramadhan tahun lepas. Menakjubkn kata mereka..org ramai ibarat dipadang masyar. Ini menambah rasa cemburu sy. saya minta suami mprcepatkn tarikh kesana. Suami sy pula berkata yg kita perlu buat persediaan terutama dlm mcari ilmu sbelum menunaikn ibadah. Mulanya sy kurang bersetuju. Bkn xsetuju bab ilmu tu tp sy lebih suka sambil mencari ilmu smbil perancgn dibuat. Beberapa kali juga kami berselisih faham tentang hal ini. Akhirnya sy mengalah dan tunggu sehingga kami betul2 sedia.
Awalnya kami merancg hdk pergi pd bulan disember thn lepas tetapi memandangkn adik ipar sy Azizuddin hdk brnikah dan kami byk terlibat dlm majlis tersbt maka kami tunda ke thn 2011 bulan 3. Menurut anis bulan 3 musim sejuk di Mekah. So, tepat rasanya. namun hasrat kami terhalang skali lgi apabila adik sy ayun mengawalkn tarihk pernikahannya pd bulan 3 tersbt. memandang tali persaudaraan lebih mewajibkn sy tidak pergi jadi sy menunda ke cuti sekolah bulan 6. Saya mula mbuat survey pakej2 umrah dan akhirnya memilih syarikat CS Holiday kendalian Haji Karrim utk menunaikn umrah. Syarikat ini di syorkn oleh seorg kakitangan tabung haji cawangan Kuantan.
Saya benar2 bersyukur kepada Allah kerana telah mberi rezeki kepada kami, membuka hati dan memberi petunjuk kepada suami utk menunaikn umrah dan mbawa sy bersama2. Sungguh x terkata betapa excitednya saya. Alhamdullillah.

Tuesday, May 24, 2011

Rasa hati ku pedih

Assalamualaikum...semoga mendapat rahmat Allah serta keampunannya..insyaallah


Kadangkala kita dikhianati dan terasa dikhianati. Oleh kawan2 dan ahli keluarga. Terasa pedih hati ni dan kecewa. Selalunya benda macam ni x pernah kita sangka tapi bila Allah nak tunjuk terasa juga hati kecil ni. Kalau ikut rasa hati alamat bergaduh lah kita tapi alhamdullilah saya selalu mengambil jalan tengah utk brtenang terlebih dahulu. Ingat syaitan sentiasa mncucuk jarum jahatnya apabila hati kita berputus harap kepada Allah. Sedetik kita lupakan Allah..syaitan menyelinap dalam hati kita menanam rasa prasangka dan sakit hati kepada org yg mgkhianati kita.