Powered By Blogger

Sunday, January 16, 2011

Salam dan bismillah

Assalamualaikum..
Tahun ini sy ingin menerapkn budaya baru dalam rumah sy dan juga ditempat krja saya..budaya islamik yg sepatutnya dah lama sy teguhkn di rumah mahupun apabila pergi kemana. Pertama budaya memberi salam bermula bangun tidur hinggalah apabila nak tidur nanti. Pasti suami sy terkejut bila bangun pagi je sy bagi slm kat dia. Klau cam masuk umah tu dah biasalah..rasanya yg tu dah lama praktis, cuma budaya bangun tidur bagi salam ni baru. Ustaz kata klau beri salam tu biarrlah sempurna maksudnya penuh bukn2 separuh2 barulah berkat. Lagi satu apabila memanggil anak2, sebut slm dulu diikuti nama anak..bukan shj dpt pahala tapi sy rasa pasti senang nak minta tolong dari anak2 kita kan. Begitu juga di tempat kerja..tolak je pintu office sebutlah slm, ataupun semasa naik tangga apabila bertemu mata dengan kawan mahupun lawan ucaplah salam pasti berbaloi kan..walaupun balasannya pasti macam2 cara, ada yg jwb, ada yg selamba je, ada yg jwb perlahan nak xnak je, ada yg jwb dgn semangat sekali n ada juga yg paling kelain. Emm..sy dah cuba dan begitulah reaksi yg sy dapat..tp xpe..klau kita ikhlas..pahala dipihak kita. Insyaallah.
Begitu juga apabila menjawab phone yg berdering,budayaknlah ucapan slm ini pasti motivasi dan keyakinan diri kita melonjak setinggi gunung. wlau yg talipon itu ialah Barrack Obama. Sekurang2nya kita telah berusaha unuk menginternational kn ucapan salam. Tapi pastikan ucapan itu pada org yg patut iaitu muslimin..sy pun agak keliru kenapa kita x boleh memberi slm sejahtera kepada bukan muslim..nanti sy nak tanya ustaz..

Begitu juga ucapan bismillah pada awal setiap perbuatan, selalunya masa makan je ingat, masa buat pekerjaan lain x ingat pun. Selalunya sy ucap bismillah masa sy nak ngaji, mkn atau bila nak letak garam dlm masakn tapi lain terlupa baca. Mengingati Allah pada setiap perbuatan dan pekerjaan akan memberi keberkatan pada kita dan menjadikan pekerjaan kita itu ibadah,tapi ingat jangan buat maksiat dan dosa pun baca bismillah..menghina tu namanya. Kurang asam dan ajar. Ingatkn anak kita selalu dan sy juga akan ingatkn pada anak murid sy tentang hal ini. Klau ikut org dulu2 melangkah pun sebut bismillah dan dgn langkah kanan. Amaln begini tidak diambil kisah pd zaman ini tapi sy rasa pasti ada fadhilatnya apabila diamalkn. betul x? klau nak cari bukti saintifik sebagai sandaran pasti sukar namun tetap ada, seperti juga angin yg kita xnampak ni. Ada tapi xde. Assalammualaikum semua.

No comments:

Post a Comment