Powered By Blogger

Monday, January 3, 2011

Mengaji walau dah tua..

Salam sejahtera...
carilah ilmu hingga ke liang lahad..apatah lgi ilmu wajib..ilmu agama..emm bukan x belajar ngaji masa kecil dulu tapi x serius mana..so cetek je yg ada..masa tu maybe kesedaran dan pendedahan dikalangan ibu bapa agak kurang so penekanan pd pendidikan agama agak kurang. Pemerintah juga lebih menjurus kepada ilmu pembangunan dan kemajuan negara so isu agama dan moral kurang diberi tumpuan. Pada saya itu salah satu kesan penjajahan yg sudah berakar umbi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Alhamdullillah, Allah memberi petunjuk dan hidayahnya kpd saya untuk mencintai dan terbuka hati mempelajari al-quran mukjizat Allah tu. Walau pada usia begini saya diberi kesempatan masa dan peluang utk mencari dan mempelajari al-quran. Sepatutnya sy mulakan lebih awal tetapi xpelah, sy ambil peluang yg ada ini dengan azam utk istiqamah membaca dan mempelajarai Al-quran.
Emm..saya masuk kelas tajwid dan memang byk yg saya xtau, maklum dulu ngaji kampung dimana bayarannya hanya dengan sekilo gula atau sekilo tepung atau menyapu laman rumah tok guru. Mak guru saya dikampung dulu ialah Kak Munah yg memang cantik orgnya, saya gi ngaji bersama beberapa org adik dan sepupu sy dan juga anak2 jiran dekat dgn umah datuk saya. Ngaji mlm dgn membawa obor sebagai penyuluh jalan dan sempat lagi main galah panjang sebelum ngaji. mak guru sentiasa pegang rotan halus ditangannya. Seronok ngaji masa tu.
Kini kelas tajwid saya dalam kelas bersama rakan2 seusia yg kadang kadang baru belajar dah lupa. Yg berani bertanya itu dan ini kepada Ustaz dan juga kadangkala berborak keluar topik dahlu selama sejam baru mulankan kelas. tapi xpe soalan dan bualan semuanya berkaitan kehidupan dan ilmu akhirat. Terima kasih rakan2 yg byk memberi pengajaran.
Dalam kelas sy mengagumi Kak Nurul, seorang pembuat kuih mualaf yang bila diberi tugasan sgt cepat mendapat jwpn dan dia sgt teliti apabila memberi jawapan dan selalunya jawapan yg diberikan tepat. Seorang mualaf dibandingkn dgn sy yg islam semenjak lahir..malu hati ni. Tahniah kak Nurul dan kuih muih yg kak nurul buat mmg sedap belaka...hehehe..
Bila time talakki iaitu baca sorang2..mulalah rasa nak demam..peluh mula mengalir..adjust tekak dan suara...kelemahan sy nafas pendek..cpt semput dan xtau mana nak berhenti bila ayat panjang. Sy juga selalu xteliti bila ngaji..tau hukum pun kadang2 langgar. Inilah yg perlu saya atasi. banyak isu ngaji ni nanti sy sambung lagi. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment