Powered By Blogger

Monday, January 17, 2011

Amalan yg sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian..

Assalamualaikum,
Ada berbagai amalan yg diamalkn oleh kita dalam kehidupan seharian kita,sebab apa kita buat? kdg2 ada sebab, kdg2 xde sebab..mcm anak2 sy jawab bila ditanya..kenapa kamu itu dan ini..jawabnya saje je..mana ada kita buat kerja xde sebab..mesti ada satu sbb yg sebenarnya adalah alasan melarikn diri atau menyalahkn orang lain. Emm..bebel hal lain plak.
Ada org amal petua, ada org amal sunnah nabi, ada org ikut mana sempat, ada org ikut list dan ada juga org x ikut mana2...ikut pemikiran sendiri aje atau ikut hati atau ikut mood..ada juga yg ikut didikan org tuanya dulu. Saya sendiri mengamalkn gabungan apa yg menjadi didikan org tua sy dahulu dan juga petua yg sy dapat dari individu atau pembacaan dan bila dah berusia ni amalkn sunnah nabi kita yg sy dengar dan baca.
Bermula dengan bangun pagi misalnya sy capai jam atau handphone tgk jam berapa, cari cermin mata dan masuk tandas. Tapi sepatutnya apa yg saya perlu buat ialah..buka je mata berdoa dulu kpd tuhan tanda syukur yg kita masih lagi bernafas dan masih diberi kesempatan untuk menambah amalan sebelum kematian menjelang...kerana tidur adalah mati kecil kata hadis..ambil kesempatan dua tiga minit bertenang dan memasang niat utk pebaiki diri dan amalan serta bertaubat dari dosa2 semalam. Sebelum turun dari katil cuba amalkn amalan yg nabi amalkn iaitu membaca 4 Qul sambil menadah tangan umpama berdoa dan habis baca sapukn tangan keseluruh muka dan badan sebanyak dua kali. Apa fadhilah nya? untuk memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sepanjang hari juga dapat kebertkatan Allah . Lepas tu barulah ke bilik air untuk mandi dan sebagainya. Ada juga org yg mengamalkn senaman2 sebagai riadah dan sebenarnya memang bagus pun. Cuma sy selalunya buat benda2 penting dulu cam solat subuh dan solat sunat serta ngaji. Yg penting nak dinyatakn disini bukanlah berapa byk amaln yg kita amalkn tapi istiqamahnya amalan kita tu dan kita mesti mempunyai panduan untuk kita ikuti bukan hentam babi buta je yg kita nak buat. Nanti sy sambung cite amalan seharian ni.

No comments:

Post a Comment