Powered By Blogger

Sunday, November 14, 2010

Leeza

Assalamualaikum
Kawanku Azliza Yuseh, kita bertemu setelah hampir 20 tahun tidak berjumpa. Leeza adalah kawan baik saya semasa tingkatan 6 di SMK teluk datuk,Banting, Selangor. Seorang lagi kawan baik ialah Siti Hawa Basri. kami bertiga dari kelas yang sama dan memang rapat. Rasanya mereka inilah teman rapat yang paling baik pernah saya ada. Teman yang tidak pernah menilai saya dari segi paras rupa, harta benda mahupun latarbelakang keluarga, begitu juga dengan tingkah laku saya. Mereka berdua tidak pernah melukakan hati saya dan tidak pernah menyakitkan hati saya walaupun saya kadangkala melupakan mereka.
Saya masih ingat lagi mereka berdua dan juga kawan saya Zaidi pernah merancang untuk mengadakan surprise birthday party untuk saya pada hari jadi saya yang ketujuh belas, maka mereka pun membeli sebiji kek birthday untuk saya pada hari tersebut, namun pada hari tersebut saya tidak datang kesekolah kerana saya celebrate birthday dengan boy friend saya Adnan...saya ingat lagi ketika Hawa dan Leeza menceritakan hal itu kepada saya 2 hari selepas itu...itu merupakan perkara yang paling menyedihkan saya dan saya sungguh menyesal tidak pergi kesekolah pada hari tersebut. Sehingga ke hari ini saya mengingati perkara tersebut dan rasakan perkataan maaf saya kepada mereka memang tidak mencukupi.
Hawa dan leeza, aku memang sayang korang berdua.

1 comment: