Powered By Blogger

Friday, October 22, 2010

Rozaliya

Assalamualaikum..
Nama manis santapan telinga, rupa menawan santapan mata. Gadis ni hilang beberapa hari lepas selepas keluar dgn tunangnya utk memberi barangan perkahwinan. Akhirnya terbukti dia lari dari keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangannya. Saya pun xtau sebab sebenarnya kenapa dia xmahu berkahwin dgn tunangnya. katanya, dia telah nampak identiti sebenarnya tunangnya yg bersifat pemarah. X taulah betul ke tidak.
Hanya yang terfikir difikiran saya ialah sekiranya anak saya yang bertindak demikian..bagaimanakah perasaan saya. Panik dan risau pasti menyerang saya. Sedih dan berhati walang, x mkn dan minum mahupun tidur mengenangkan anak saya tu. Mati atau hidupkah dia, ditangkap perogol ke, dijadikan tebusan ke, dibawa lari dan dijadikan pelacur ke dan mcm2 lagilah kejahatan yg terbayang dimata..minta dijauhkan Allah dari berlaku kepada seluruh ahli keluarga ku Ya Rabbi. Pasti saya xhenti menangis dan merayu polis mencari anak saya. Dan betapa hancurnya hati walaupun sedikit lega kerana tahu dia masih selamat setelah mengetahui dia hanya melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan.
namun sebagai ibu saya tetap akan menerima anak saya kembali dan memaafkannya dan memeluknya dan merayunya supaya tidak berbuat sebegitu lagi. Saya akan bersedih kerana dia tidak berharap kepada saya untuk menceritakan masalahnya sehingga bertekad untuk melarikan diri. Mungkin dia berfikir yg si ibu ini tidak akan memahami masalahnya atau akan merasa malu untuk membatalkan perkahwinan yg telah dirancang atau dia tidak sanggup menyusahkan hati si ibu dan bapanya dgn ragamnya. Macam2 boleh jadi kan.
Tapi walau apapun kita tetap keluarga..walau seberat mana pun masalah rujuklah dan bergantunglah pad si ibu tuamu ini kerana semarah mana pun mereka mereka tetap akan menerima kita kembali dan insyaallah akan membantu.
Kepada Rozaliya selamat kembali kepada keluargamu dan kepada anak2 ku, si ibu ini merayu jika ada2 apa2 masalah datanglah kepangkuan ku..ibu sedia membantumu jika kamu benarkan. Sayang kamu semua...

No comments:

Post a Comment