Powered By Blogger

Monday, November 29, 2010

success

Salam...emm
Syukur yg tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana saya sebahagian dari kejayaan yg dicapai sekolah. Gembira bukan x gembira..bila kali pertama saya mndengar berita bahawa sekolah saya berjaya berada ditempat pertama dalam kuantan dalam pencapaian UPSRnya. Alhamdullillah, solat hajat dan doa saya terjawab dengan keputusan yang sangat dibanggakan. menitis airmata apabila mendengarnya..suka duka dan cabaran yang ditempuh membuahkan hasil yang membanggakan. Pada saya ini kejayaan semua pihak bermula dengan guru-guru, murid-murid dan ibubapa. dengan kejayaan ini juga membuktikan perancangan saya bukan sia-sia,kerjasama dan kerja keras guru-guru juga bukan main-main dan usaha murid juga telah membuahkan hasil. kepada murid-murid yang berjaya mendapat 5A tahniah dan syabas dan kepada yang lain sebenarnya mereka telah lakukan yang terbaik untuk diri mereka. Saya bangga dengan semua usaha yang diberikan dan pada saya tiada titik berhenti dalam kerja saya. Perasaan gembira itu sekejap je saya rasakn kini telah berganti dengan perasaan bimbang dengan cabaran tahun hadapan pula. dapakah saya mengulangi lagi kejayaan ini atau pun sekadar tempat ke enam atau ketujuh.

No comments:

Post a Comment