Powered By Blogger

Monday, November 29, 2010

melayan perasaan

salam barakah..
kita bukan budak muda yang gelandangan mencari perhatian pemuda-pemuda nakal dan bukan pula gadis sunti yg tahap estrogennya meliar x tentu hala..kita dah dewasa dan bertanggungjawab dalam pelbagai tugas dan tanggungjwb..fokuslah pada tugas selain ibadat yg perlu diperbanyak sebagai bekalan akhirat. Melayan perasaan sunyi nak berteman, merajuk apabila disakiti hati bukan prioriti..praktikallah dan letakkan tangungjawab sebagai agenda utama dalam tugasan seharian. ibadat mesti istiqamah semoga keberkatan hidup dikurniakan Allah. Malas berkata terlalu banyak kerana pasti bohong menjadi penyedap. Harus telitikan tugasan biar sistematik dan kemas dan ketetapan menyiapkan tugasan perlu diambil kira. Kadangkala duduk mengadap peti empat segi dirumah mencuri waktu berharga wlau menyedari kerja membukit tinggi..hai Siti cepat sedar diri..banyak lagi yg perlu dikejari.
Ilmu mesti sentiasa diisi biar pun hanya secebis ayat dari buku yang menyisih ditepi katil. Tak sampai 5 minit menatapi huruf-huruf..mata mulai layu terbayang gelap hari. Syaitan menyelurusi liang roma dan aliran darah. Ku sedari tapi terus lena yg panjang. Emmm..sedarlah diri selagi boleh menarik nafas dan berdiri tugasan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment