Powered By Blogger

Sunday, October 3, 2010

Apabila fikiran berserabut...

Selalunya apabila kerja bertindan, kepala pun mulai serabut. Saya pun apalagi..buat list to do..kdg2 berkesan. Boleh selesaikan kerja ikut priority dan yang mana satu nak hantar dulu tapi kadang2 bila ada interuption dari berbagai pihak mulalah hilang focus pada tugas, bosan, bengang(bukan bangang) dan letih. Saya pun mula buat kerja yg lari terus dari tugas. Contoh, mengemas meja dan almari dalam office walaupun x perlu buat, xde siapa tegur atau nak tengok dan meletihkan kerana dua tiga hari lepas tu keadaannya akan bersepah balik. Antara GPK yg ada kat sekolah ni meja saya mungkin tempat ketiga paling x kemas dan x cantik. Tempat pertama Kak Bi, kedua Tengku, ketiga saya n keempat En. Baharom. Itu pun mungkin sbb En. Baharom org lelaki kalau x mungkin sy tempat keempat. Bukan sy malas tapi xsempat.

Bila tengok meja n tempat keliling kemas dan cantik, rasa teruja n happy plak. Walau kerja lain terbengkalai. Ironi nya.

No comments:

Post a Comment