Powered By Blogger

Thursday, October 21, 2010

BERLAPANG DADA MAKSUDNYA REDHA DAN MEMAAFKAN

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Saya tahu saya perlu berlapang dada apabila dikomen atau dihentam dgn kata2 tajam manusia disekeliling saya. X kira siapa pun dia samada rakan mahupun musuh, samada orang atasan mahupun bawahan, samada org muda mahupun tua. Memang sakit hati apabila terdengar orang berkata yang bukan2 tentang kita..sakitnya menusuk2. Sampai kedalam sembahyang terkenang2, sentiasa berlegar2 dalam fikiran. Menyenakkan hati dan perasaan dan kadang2 menyebabkan kita rasa depress dan frust.
Selain itu kita juga teransang utk berprasangka buruk dgn org lain. Kerapkali apabila berlaku begini saya jadi terfikir2 apa salah saya sehingga ada org suka mengambil tahu hal2 saya mahupun keluarga saya. Namun setelah bergelut dgn perasaan gundah gulana tersebut saya mengambil keputusan utk membiarknnya berlalu...A.K.A buat pekak je.
Jalan yg paling baik bagi diri saya adalah dgn berdoa dan membaca Al-Quran. Bukan nak menunjuk2 yg saya ni alim atau warak tapi memang itulah cara saya meredakan tension. Mengadu kepada Ilahi. saya bukan jenis org yg suka bergaduh atau menyerang org mahupun bertekak dgn org. Untuk bersemuka juga saya takut disalah erti oleh orang tersebut. Kalau boleh saya tahan dan telan saya akan telan tetapi sekiranya hati ini terluka dan berdarah oleh kata nista manusia bermulut jamban dan berhati hempedu.
Kadangkala saya pelik dan hairan melihatkan perhatian yg diberikan orang kepada saya dan keluarga saya..bagaikan kami ini selebriti, semua hal nak ambil tahu..kalau hal saya dan keluarga sampai kepada mereka...mereka bagaikan mendapat intan permata..its a juicy gossip dan mereka akan sebarkan keseluruh pelusuk alam. Tapi kalau hal2 kroni2 mereka akan mereka tutup dalam peti besi serapat2nya. Tidakkah mereka tahu dan tidakkah mereka sedar yang mereka juga ada banyak kekurangan dan juga kelemahan seperti saya juga. Adakah mereka merasakan diri mereka kalis dosa seperti nabi Muhammad?
Dari buku yang saya baca, panduan yang saya cari dan nasihat yang saya dengar, ada beberapa langkah yang saya ambil apabila berhadapan perkara ini.
1. Beristighafar banyak2.
2. Muhasabah diri sendiri tentang hal tersebut.
3. Berdoa minta diberi kempunan dan kesabaran.
4. Memotivasikan diri sendiri agar tidak menyalahkn diri sendiri.
5. Memaafkn mereka yang mengata saya.
6. Penuhkan masa dan fokuskan fikiran pada aktiviti yang berfaedah.
7. barkongsi cerita dgn yg disayangi.
Dengan langkah2 yg sy ambil tadi sekurang2nya saya dapat menenangkan fikiran dan hati yang rawan. Akhirnya saya rasa berpuas hati walaupun dikata org kerana selagi dia mengata kita selagi itulah kebaikkan yg ada pada diri mereka akan diberikan kepada kita...siapa xnak walaupun xnampak. Saya percaya kepada hari akhirat dan disana nanti tiada tempat mengadu dan tiada tempat nak lari.
wassalam.

No comments:

Post a Comment