Powered By Blogger

Tuesday, April 3, 2012

Lain Padang Lain Belalang


Assalammualaikum,

Padang yang sama tapi lain Ratu belalang nya. Kepimpinan baru disekolah kadang2 menjadikan saya merasa gundah gulana. Adakah saya mampu mengikut rentaknya dan langkahnya, adakah dapat saya bekerjasama dengan dia, bagaimana penerimaan diri nya terhadap saya yang banyak kekurangan ini dan kadangkala berfikir apakah tindaan sewajarnya yang perlu saya ambil.

Jangan memasang prasangka sebelum bersua muka, bercakap sekali dua bukan bermakna kita bersaudara dan jangan sekali-kali merasa diri hebat sentiasa. Membuka pekung didada akan terpercik air dimuka. Walau serapat mana pasti terhiris dek kata bersahaja. Orang diam banyak ilmunya begitu kata pujangga. Itu prarasa saya terhadap Ratu belalang baru di padang lama saya.

Bersikap profesional terhadap kerja, saya menjalankan tugas mengikut termampu dan merancang sedaya ada. Kadangkala gagal melaksana dek kerana lemahnya daya tumpu juga gangguan nafsu yang leka akan sesuatu lara. Saya selalu muhasabah diri dimana kelemahannya, dimana silapnya, dimana kurangnya dan cuba bangun membaiki diri. Kadang saya berjaya kadang kecundang jua.

Tidak mahu dan tidak akan menyalahkan orang lain dalam kegagalan itu saya akan berusaha bangun kembali bermula detik ini. Namun perlu dinsafi kita hanya mentadbir dan ALLAH yang akan mentakdir. Itu menbawa ketenangan apabila kita kecundang.

No comments:

Post a Comment