Powered By Blogger

Friday, October 22, 2010

Rozaliya

Assalamualaikum..
Nama manis santapan telinga, rupa menawan santapan mata. Gadis ni hilang beberapa hari lepas selepas keluar dgn tunangnya utk memberi barangan perkahwinan. Akhirnya terbukti dia lari dari keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangannya. Saya pun xtau sebab sebenarnya kenapa dia xmahu berkahwin dgn tunangnya. katanya, dia telah nampak identiti sebenarnya tunangnya yg bersifat pemarah. X taulah betul ke tidak.
Hanya yang terfikir difikiran saya ialah sekiranya anak saya yang bertindak demikian..bagaimanakah perasaan saya. Panik dan risau pasti menyerang saya. Sedih dan berhati walang, x mkn dan minum mahupun tidur mengenangkan anak saya tu. Mati atau hidupkah dia, ditangkap perogol ke, dijadikan tebusan ke, dibawa lari dan dijadikan pelacur ke dan mcm2 lagilah kejahatan yg terbayang dimata..minta dijauhkan Allah dari berlaku kepada seluruh ahli keluarga ku Ya Rabbi. Pasti saya xhenti menangis dan merayu polis mencari anak saya. Dan betapa hancurnya hati walaupun sedikit lega kerana tahu dia masih selamat setelah mengetahui dia hanya melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan.
namun sebagai ibu saya tetap akan menerima anak saya kembali dan memaafkannya dan memeluknya dan merayunya supaya tidak berbuat sebegitu lagi. Saya akan bersedih kerana dia tidak berharap kepada saya untuk menceritakan masalahnya sehingga bertekad untuk melarikan diri. Mungkin dia berfikir yg si ibu ini tidak akan memahami masalahnya atau akan merasa malu untuk membatalkan perkahwinan yg telah dirancang atau dia tidak sanggup menyusahkan hati si ibu dan bapanya dgn ragamnya. Macam2 boleh jadi kan.
Tapi walau apapun kita tetap keluarga..walau seberat mana pun masalah rujuklah dan bergantunglah pad si ibu tuamu ini kerana semarah mana pun mereka mereka tetap akan menerima kita kembali dan insyaallah akan membantu.
Kepada Rozaliya selamat kembali kepada keluargamu dan kepada anak2 ku, si ibu ini merayu jika ada2 apa2 masalah datanglah kepangkuan ku..ibu sedia membantumu jika kamu benarkan. Sayang kamu semua...

Thursday, October 21, 2010

Alhamdullillah..

Allah lindungilah hambamu ni selalu dari dosa yang menyesatkan. sama sekali tidak akan hambamu ni mengotorkan blog ku ini dengan dosa mengumpat orang. Allah kupohon petunjuk dan hidayah dari mu. Hampir terjerumus tadi dengan niat nak bercerita dan mengutuk seseorang atas dasar tidak puas hati.

BERLAPANG DADA MAKSUDNYA REDHA DAN MEMAAFKAN

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Saya tahu saya perlu berlapang dada apabila dikomen atau dihentam dgn kata2 tajam manusia disekeliling saya. X kira siapa pun dia samada rakan mahupun musuh, samada orang atasan mahupun bawahan, samada org muda mahupun tua. Memang sakit hati apabila terdengar orang berkata yang bukan2 tentang kita..sakitnya menusuk2. Sampai kedalam sembahyang terkenang2, sentiasa berlegar2 dalam fikiran. Menyenakkan hati dan perasaan dan kadang2 menyebabkan kita rasa depress dan frust.
Selain itu kita juga teransang utk berprasangka buruk dgn org lain. Kerapkali apabila berlaku begini saya jadi terfikir2 apa salah saya sehingga ada org suka mengambil tahu hal2 saya mahupun keluarga saya. Namun setelah bergelut dgn perasaan gundah gulana tersebut saya mengambil keputusan utk membiarknnya berlalu...A.K.A buat pekak je.
Jalan yg paling baik bagi diri saya adalah dgn berdoa dan membaca Al-Quran. Bukan nak menunjuk2 yg saya ni alim atau warak tapi memang itulah cara saya meredakan tension. Mengadu kepada Ilahi. saya bukan jenis org yg suka bergaduh atau menyerang org mahupun bertekak dgn org. Untuk bersemuka juga saya takut disalah erti oleh orang tersebut. Kalau boleh saya tahan dan telan saya akan telan tetapi sekiranya hati ini terluka dan berdarah oleh kata nista manusia bermulut jamban dan berhati hempedu.
Kadangkala saya pelik dan hairan melihatkan perhatian yg diberikan orang kepada saya dan keluarga saya..bagaikan kami ini selebriti, semua hal nak ambil tahu..kalau hal saya dan keluarga sampai kepada mereka...mereka bagaikan mendapat intan permata..its a juicy gossip dan mereka akan sebarkan keseluruh pelusuk alam. Tapi kalau hal2 kroni2 mereka akan mereka tutup dalam peti besi serapat2nya. Tidakkah mereka tahu dan tidakkah mereka sedar yang mereka juga ada banyak kekurangan dan juga kelemahan seperti saya juga. Adakah mereka merasakan diri mereka kalis dosa seperti nabi Muhammad?
Dari buku yang saya baca, panduan yang saya cari dan nasihat yang saya dengar, ada beberapa langkah yang saya ambil apabila berhadapan perkara ini.
1. Beristighafar banyak2.
2. Muhasabah diri sendiri tentang hal tersebut.
3. Berdoa minta diberi kempunan dan kesabaran.
4. Memotivasikan diri sendiri agar tidak menyalahkn diri sendiri.
5. Memaafkn mereka yang mengata saya.
6. Penuhkan masa dan fokuskan fikiran pada aktiviti yang berfaedah.
7. barkongsi cerita dgn yg disayangi.
Dengan langkah2 yg sy ambil tadi sekurang2nya saya dapat menenangkan fikiran dan hati yang rawan. Akhirnya saya rasa berpuas hati walaupun dikata org kerana selagi dia mengata kita selagi itulah kebaikkan yg ada pada diri mereka akan diberikan kepada kita...siapa xnak walaupun xnampak. Saya percaya kepada hari akhirat dan disana nanti tiada tempat mengadu dan tiada tempat nak lari.
wassalam.

Sunday, October 3, 2010

Doa ku

Assalamualaikum..Ya Allah..hambamu memohon keampunan darimu atas segala dosa yang pernah kulakukan..hamba memohon diberi perlindungan dari hasutan iblis dan syaitan, dari kejahatan manusia dan kejahilan, dari aib dan fitnah serta kekufuran. Dari niat jahat dan pandangan yang serong. berikan hambamu kekuatan utk menghadapi segala dugaan dan janganlah kau palingkan hatiku dari kebenaran dan jalanmu.Tuhan maha pengasih lagi penyayang.

Apabila fikiran berserabut...

Selalunya apabila kerja bertindan, kepala pun mulai serabut. Saya pun apalagi..buat list to do..kdg2 berkesan. Boleh selesaikan kerja ikut priority dan yang mana satu nak hantar dulu tapi kadang2 bila ada interuption dari berbagai pihak mulalah hilang focus pada tugas, bosan, bengang(bukan bangang) dan letih. Saya pun mula buat kerja yg lari terus dari tugas. Contoh, mengemas meja dan almari dalam office walaupun x perlu buat, xde siapa tegur atau nak tengok dan meletihkan kerana dua tiga hari lepas tu keadaannya akan bersepah balik. Antara GPK yg ada kat sekolah ni meja saya mungkin tempat ketiga paling x kemas dan x cantik. Tempat pertama Kak Bi, kedua Tengku, ketiga saya n keempat En. Baharom. Itu pun mungkin sbb En. Baharom org lelaki kalau x mungkin sy tempat keempat. Bukan sy malas tapi xsempat.

Bila tengok meja n tempat keliling kemas dan cantik, rasa teruja n happy plak. Walau kerja lain terbengkalai. Ironi nya.