Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan umrah ku 4 ( ujian dan takdir )

Assalamualaikum..
Apabila dikenangkn kembali akan ujian yg Allah berikan pada sy. Sy cuba fikirkn hikmahnya. Jauh skali sy berputus asa dan menyesal akan apa saja ketentuannya. Sy cuba utk tdk mengeluh dan melalui ujian tersebut dgn hati terbuka. Bukan mudah dan sudah tentu byk bisikan syaitan yg menusuk2 jantung dan fikiran sy. Sy juga selalu berdoa dan beristighafar kepada Allah agar dipermudahkn dan diberi kekuatan utk menghadapi apa jua ujian yg dtg. Hanya kekuatan dari Allah lah maka sy dpt mengdepani semua masalah yg dtg.
Dalam minggu terakhir sebelum pergi, daerah kuantan terhenti bekalan air kerana logi Sg Kobat mengalami kerosakan teknikal. Bekalan air tiada dalam dua tiga hari. Rancangan asal sy utk membersihkn rumah dan membasuh semua pakaian yg hdk dibawa pergi dan yg kotor di rumah terhalang. hati agak resah dgn masalah kecil ni. Namun Alhamdullilah masalah itu berakhir dan semua kerja sy fikir akan beres. namun keesokkannya apabila air dah ada bekalan elektrik pula xde dari pagi sampai petang sedangkn sy cuma tinggal sehari sahaja dirumah utk menyelesaikn semua kerja. Itulah org kata kita hanya merancang Allah yg menentukn. Esoknya apabila bekalan elektrik ada sy hanya dpt menyiapkan membasuh separuh sahaja pakaian yg kotor. Baju sekolah anak masih dalam mesin n xsempat dijemur. Sy meminta tolong pada adik ipar dan biras utk menengok rumah mengangkat kain jemuran ketika sy tiada dirumah nanti. Saya tau ni salah satu ujian dari Allah dan ia cukup mengajar sy yg Allah itu maha besar dan ini mendidik sy menjadi sabar.
Ketika hari berangkat, masalah besar tidak sy hadapi. Sy dan suami sama2 muhasabah diri dan kami sama2 bersabar sekiranya masalah2 kecil timbul. Bila ada rasa marah atau keluh kesah kami pandang muka masing2 dan sentiasa mengingatkn antara satu sama lain yg ujian Allah sentiasa akan kita hadapi. Alhamdullillah tiada perselisihan besar timbul. Api ygkecil cepat2 kami padamkn. nanti sy sambung lagi...entah bila lah cerita sy ni nak habis.

No comments:

Post a Comment