Powered By Blogger

Wednesday, May 25, 2011

Perjalanan umrah ku 1

Assalammualaikum..
Saya mula mengimpikan umrah atau haji kira2 2 thn lepas. Selepas saya rasakan diri saya dekat dgn Allah pencipta alam ni. Alhamdullillah Allah menghantar berbagai dugaan dan ujian serta petunjuk dan hidayahnya kepada saya agar lebih mendekatkan diri kepadanya. Dengan dugaan dan ujian saya semakin mantap dalam beribadah, mula merasa kelazatan beribadah dan berjaya menjalani kehidupan dengan melebihkan ibadah saya kepada Allah. Saya sentiasa mengadu dan meminta pertolongan dari Allah kerana harapan dan pertolongan daripada manusia lain amat menghampakn saya. Hanya dgn mengingati Allah hati saya kembali tenang.
Dari situlah sy mula mengidamkn umrah dan haji. Kerana merasakan yg dosa sy terlalu byk dan ingin mendapatkan keampunan Allah, sy merasakan menjadi tetamu Allah di Baitullah bakal meraih keampunan dari Allah insyaallah. Saya mula berdoa kpd Allah agar dimurahkn rezeki dan diberi peluang agar dpt menunaikn umrah. Setiap kali terdengar sahabat atau saudara mara ke Mekah sy berasa amat cemburu..tuhan sahaja yg tau betapa jelesnya saya. Namun sy tidak pernah berputus asa brdoa kpd Allah agar mberi sy jalan utk menunaikn ibadah ini.
Pada awal tahun lps..suami sy menyatakn yg dia mpunyai ckp duit utk menunaikn umrah bersama2 sy. Excited x terkata n sy mula membuat survey akn pakej2 umrah dan mula merancang tarikh. Adik dan mak sy mempunyai pengalaman dlm menunaikn umrah dan mereka bahan rujukan sy. Adik sy anis pergi bersama suaminya dan mak sy menunaikn umrah dgn syarikat Andalusia. Memuaskn kata mereka. Seronok x terkata dan berulang kali menyatakn keberkatan kesana.Mereka selalu bercerita dan ini mbakar semangat sy. Selepas itu adik sy hashrin dan isterinya salamah pula pergi pada bulan Ramadhan tahun lepas. Menakjubkn kata mereka..org ramai ibarat dipadang masyar. Ini menambah rasa cemburu sy. saya minta suami mprcepatkn tarikh kesana. Suami sy pula berkata yg kita perlu buat persediaan terutama dlm mcari ilmu sbelum menunaikn ibadah. Mulanya sy kurang bersetuju. Bkn xsetuju bab ilmu tu tp sy lebih suka sambil mencari ilmu smbil perancgn dibuat. Beberapa kali juga kami berselisih faham tentang hal ini. Akhirnya sy mengalah dan tunggu sehingga kami betul2 sedia.
Awalnya kami merancg hdk pergi pd bulan disember thn lepas tetapi memandangkn adik ipar sy Azizuddin hdk brnikah dan kami byk terlibat dlm majlis tersbt maka kami tunda ke thn 2011 bulan 3. Menurut anis bulan 3 musim sejuk di Mekah. So, tepat rasanya. namun hasrat kami terhalang skali lgi apabila adik sy ayun mengawalkn tarihk pernikahannya pd bulan 3 tersbt. memandang tali persaudaraan lebih mewajibkn sy tidak pergi jadi sy menunda ke cuti sekolah bulan 6. Saya mula mbuat survey pakej2 umrah dan akhirnya memilih syarikat CS Holiday kendalian Haji Karrim utk menunaikn umrah. Syarikat ini di syorkn oleh seorg kakitangan tabung haji cawangan Kuantan.
Saya benar2 bersyukur kepada Allah kerana telah mberi rezeki kepada kami, membuka hati dan memberi petunjuk kepada suami utk menunaikn umrah dan mbawa sy bersama2. Sungguh x terkata betapa excitednya saya. Alhamdullillah.

No comments:

Post a Comment