Powered By Blogger

Tuesday, April 3, 2012

Menjadi ibu yang bijaksana...

Assalamualaikum...salam bahagia juga buat semua.

Jenis ibu bagaimanakah diri saya ini? x berani kadangkala ingin bertanya kepada anak sendiri. Apapun akan saya tanya nanti supaya saya dapat menilai diri sendiri. Bagaimana jawapan yang akan anak2 saya beri nanti. Akan saya tanyakan kepada semua anak2 saya akan soalan itu. Terasa juga sangsinya didalam hati. Bagaimana kalau jawapannya mengecewakan nanti kerana pada saya anak2 jarang mengerti akan peranan seorang ibu.
Mereka juga tidak tahu apa yang telah kita harungi. Susah senang kita meniti sebuah kehidupan. Adakah selama ini mereka tahu akan kebingungan ketika kita menghadapi masalah kewangan pada setiap hujung bulan.Mereka merasa sesak bersama kita ketika hampir lemas dihimpit pertengkaran dengan ayah mereka atau mereka juga membanting tulang bersama2 mengurus rumahtangga dan pekerjaan sekaligus. Adakah mereka akan memahami jika ini semua kita kongsikan bersama kerana selama ini kita rahsiakan semua itu dari mereka kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka.
Anak2 sayangi diri mu sebagaimana aku menyayangi dirimu.

Lain Padang Lain Belalang


Assalammualaikum,

Padang yang sama tapi lain Ratu belalang nya. Kepimpinan baru disekolah kadang2 menjadikan saya merasa gundah gulana. Adakah saya mampu mengikut rentaknya dan langkahnya, adakah dapat saya bekerjasama dengan dia, bagaimana penerimaan diri nya terhadap saya yang banyak kekurangan ini dan kadangkala berfikir apakah tindaan sewajarnya yang perlu saya ambil.

Jangan memasang prasangka sebelum bersua muka, bercakap sekali dua bukan bermakna kita bersaudara dan jangan sekali-kali merasa diri hebat sentiasa. Membuka pekung didada akan terpercik air dimuka. Walau serapat mana pasti terhiris dek kata bersahaja. Orang diam banyak ilmunya begitu kata pujangga. Itu prarasa saya terhadap Ratu belalang baru di padang lama saya.

Bersikap profesional terhadap kerja, saya menjalankan tugas mengikut termampu dan merancang sedaya ada. Kadangkala gagal melaksana dek kerana lemahnya daya tumpu juga gangguan nafsu yang leka akan sesuatu lara. Saya selalu muhasabah diri dimana kelemahannya, dimana silapnya, dimana kurangnya dan cuba bangun membaiki diri. Kadang saya berjaya kadang kecundang jua.

Tidak mahu dan tidak akan menyalahkan orang lain dalam kegagalan itu saya akan berusaha bangun kembali bermula detik ini. Namun perlu dinsafi kita hanya mentadbir dan ALLAH yang akan mentakdir. Itu menbawa ketenangan apabila kita kecundang.

Monday, April 2, 2012

Kem bestari solat satu ibadah dari guru..


Assalammualaikum,

Menjadi guru itu pekerjaan paling mulia jika diikutkan. Dari tidak mengenal huruf dan nombor, murid boleh membilang setiap satu ciptaan Allah dan boleh juga membunyikan simbol2 huruf menjadi perkataan sehingga berjaya mengungkap kata2 indah mahupun hodoh untuk menyampaikan maksud dan maklumat.

Tugas guru boleh dijadikan ibadah untuk imbalan pahala sekiranya dijalankan dengan jujur dan amanah. Kem bestari solat dalam program Jqaf medan guru berburu pahala namun saya kesali ada juga yang tidak mahu merebutnya dan kadang2 ada juga menimbulkan dosa.

Tiada yang lebih indah selain melihat anak didik kita memakai telekung putih menunaikan solat. Air muka berseri dan tenang menunggu imam memulakan takbir. Namun ada juga yang nampak keliru hendak melengkapkan diri mahupun memulakan niat sembahyang. itulah tugas kita sebagai pendidik tidak kira bidang apa. Sebagai pendidik muslimah kewajiban kita untuk menunjuk ajar. Yang penting itu kita mencari ruang menambah pahala disamping menjalankan tugas. Semoga cikgu cikgi sedar akan peranan sebagai guru dan juga seorang Islam.