Powered By Blogger

Thursday, September 29, 2011

Tetamu di syawal lalu

Assalamualaikum....Syawal mmg hari kunjung mengunjungi. Tahun ni giliran sy menyambut raya di kuantn sblum balik ke sepang. Di Kuantan sy n family hanya mengunjungi saudara yg rapat n dekat kerana merekalah yg patut diutamakn. Sy n suami mgkhaskn hari raya pertama utk mengunjungi mereka manakala raya kedua kami merancg utk menerima kunjungan sahabat mahupun saudara mara. X lupa jika kwn2 anak2 nak brkunjung. Raya thn ni sy dikunjungi famili adik ipar bru sy, si manis Iqa Omar. Famili Nya termasuk adik sy sendiri berhari raya di Kota bharu rumah Mertua. On the way balik ke putrajaya mereka telah singgah dirumah saya. Sy sediakn makanan yg ala kadar shja tapi sungguh trharu apabila melihat encik Omar mkn dgn brselera skali. Lauk ikan tenggiri masak asam pedas licin dimkn. Sblum itu pd hari siangnya..kwn2 anak sy si Nafiz juga dtg mengunjungi kami. Sy menjamu mereka nasi briyani n Kari udang. Dua org gadis manis itu kwn sekolah tpi bkn sekelas Nafiz. Yg istimewanya mereka berbangsa Cina n India. Nafiz mmg brbeza. Dlm diam mengalahkn abg2nya apabila brjaya membawa balik anak dara org kerumah dlm usia plg muda. Itu usikn sy pd dia. Dia senang hati n bangga. Mmg wujud semangat satu Malaysia dirumah sy pd syawal kali ini. Alhamdullillah..walaupun yg mengunjungi tdklah seramai mana namun matlamat utama raya dpt dipenuhi. Syukur juga kpd Allah s.w.t kerana mmberi ruang masa n rezeki kpd sy utk menerima tetamu n mengunjungi saudara mara.

Wednesday, September 28, 2011

Syawal yg bakal berlalu x lama lagi.

Assalammualaikum..hari ni dah 28 september bersamaan dgn 30 syawal. Maka berakhirlah syawal hari ini. Bersamanya berlalu lah berbagai ragam hariraya. Suka duka, kenangan pahit manis, penat lelah bulan ni merangkak pergi. Apa yg menjadi memori trpahat dlm ingatan sy pada hariraya kali ini ialah tiada apa. Dari awal mlm raya sy xexcited lansung. Msk mmg cam biasa, persiapan pun mcm biasa tapi mood zero giler. Yg best gi solat raya kat masjid negeri. Meriah dgn muslimin muslimat yg brduyun nak brjemaah trmasuklah bangla2 n indon2. Jgn lupa mereka pun saudara seislam kita. Yg jadi tumpuan ialah ahli keluarga diraja pahang yg sama2 solat raya. Thn ni sy gagal mndptkn telekung baru utk diri sendiri kerana xde masa nak merayau mencari yg brkenan dihati. Selalu trjumpa yg pd sy biasa saje. So sy pakai cotton Vietnam brbunga pink timbul kecil2 yg mmg favourite sy. Sempat juga mencuri pandang akn kekacakn Tgku Amir anakanda Tgku mahkota tu semasa balik dr masjid. Khutbah raya adalah ttg menjaga kesucian syawal dr prkara haram Dan makruh. To be continue.....hik3. Solat dulu.

Friday, September 9, 2011

Dan disebalik helaan nafas malam.

Salam sejahtera buat hamba Allah..selalunya sekitar jam 9 atau 10 malam,mata saya mula layu, bahu mula terasa ketat dan dah x sabar nak masuk tidur. Itupun kalau xde kerja2 yg menuntut saya utk berjaga dan dah selesai dgn mkn malam, balik dari surau dan kemas dapur. Selalunya kalau semangat kuat saya siapkn gosok baju utk esok dulu.klau x alamatnya..esoklah baru gopoh gapah menggosok baju. Apa yg saya nak mesejkn disini buknlah tentang gosok baju, mahupun tabiat tidur saya tu. Tapi ialah tentang aktiviti malam kita pada setiap malam. Pernah x kita nilaikan tentang aktiviti waktu mlm kita tu. Berlandaskan apa agaknya. Dalam quran ada mengadakan (dlm surah apa sy xtau,sy kena cari ) bahawa siang itu utk bekerja dan mencari rezeki dan ingati Allah, manakala malam pula dikhaskan kpd manusia utk beristirehat dan beribadah kepada Allah. Itu landasan kita. Maka kalau kita betulkan aktiviti malam kita mengikut quran. Insyaallah Allah memberkati hidup kita. Ok nak tidur dulu.

Beberapa hari lagi nak upsr....Saya doakan semoga berjalan lancar.