Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

Perjalanan umrah ku 4 ( ujian dan takdir )

Assalamualaikum..
Apabila dikenangkn kembali akan ujian yg Allah berikan pada sy. Sy cuba fikirkn hikmahnya. Jauh skali sy berputus asa dan menyesal akan apa saja ketentuannya. Sy cuba utk tdk mengeluh dan melalui ujian tersebut dgn hati terbuka. Bukan mudah dan sudah tentu byk bisikan syaitan yg menusuk2 jantung dan fikiran sy. Sy juga selalu berdoa dan beristighafar kepada Allah agar dipermudahkn dan diberi kekuatan utk menghadapi apa jua ujian yg dtg. Hanya kekuatan dari Allah lah maka sy dpt mengdepani semua masalah yg dtg.
Dalam minggu terakhir sebelum pergi, daerah kuantan terhenti bekalan air kerana logi Sg Kobat mengalami kerosakan teknikal. Bekalan air tiada dalam dua tiga hari. Rancangan asal sy utk membersihkn rumah dan membasuh semua pakaian yg hdk dibawa pergi dan yg kotor di rumah terhalang. hati agak resah dgn masalah kecil ni. Namun Alhamdullilah masalah itu berakhir dan semua kerja sy fikir akan beres. namun keesokkannya apabila air dah ada bekalan elektrik pula xde dari pagi sampai petang sedangkn sy cuma tinggal sehari sahaja dirumah utk menyelesaikn semua kerja. Itulah org kata kita hanya merancang Allah yg menentukn. Esoknya apabila bekalan elektrik ada sy hanya dpt menyiapkan membasuh separuh sahaja pakaian yg kotor. Baju sekolah anak masih dalam mesin n xsempat dijemur. Sy meminta tolong pada adik ipar dan biras utk menengok rumah mengangkat kain jemuran ketika sy tiada dirumah nanti. Saya tau ni salah satu ujian dari Allah dan ia cukup mengajar sy yg Allah itu maha besar dan ini mendidik sy menjadi sabar.
Ketika hari berangkat, masalah besar tidak sy hadapi. Sy dan suami sama2 muhasabah diri dan kami sama2 bersabar sekiranya masalah2 kecil timbul. Bila ada rasa marah atau keluh kesah kami pandang muka masing2 dan sentiasa mengingatkn antara satu sama lain yg ujian Allah sentiasa akan kita hadapi. Alhamdullillah tiada perselisihan besar timbul. Api ygkecil cepat2 kami padamkn. nanti sy sambung lagi...entah bila lah cerita sy ni nak habis.

Sunday, June 12, 2011

Perjalanan umrah ku 3

Assalamualaikum semua...sebelum mengerjakan umrah ada sedikit perasaan takut dgn ujian yg bakal sy hadapi di tanah suci nanti. Dari bacaan byk sy ketahui yg kita akan diuji disana. Ianya adalah kifarah terhadap dosa2 kita. Sudah pasti sy takut. mana ada manusia yg tdk brdosa lebih2 lag sy yg mmg byk dosa. Namun hakikatnya..setiap hari kita di duga tuhan tidak kira dimana kita berada..kitalah yg menentukn cara kita mghadapinya dan bertawakal dan brserah diri seikhlasnya pd Allah. Bertaubat selalu n bersyukur dgn kurniaan Allah. Allah sentiasa menguji org yg dia sayang dan setiap dugaan bakal mengukuhkn iman kita itu harapan sy. Sy juga sentiasa memohon Allah mberi kekuatan fizikal n mental serta kekuatan iman sekiranya menghadapi ujian tidak kira dimana saya berada.
Memang betul..dua hari sblum berangkat, pihak agensi menelefon mengatakan tarikh penerbangan sy diawalkn 2 hari sedangkn sy masih lagi bekerja dan bbrapa urusan belum sy selesaikn. manakala anak2 pula masih menghadapi peperiksaan semester 1. Suami pun agak keberatan dgn tarikh itu. Saya pula sgt excited nak pergi cepat kesana jika ini takdir Allah. Selepas bbincg sy pun setuju dgn tarikh diberikn dan memohon cuti dari majikn dgn serta merta. Begitu juga suami sy dan kami terpaksa cancel majlis doa selamat yg kami rancang nak buat di masjid afzan malam jumaat tu. Saya call mak sy dan minta dia juga cancel majlis yg akn mak buat dirumahnya sehari seblum sy terbang. Sy uruskn cuti anak2 dan balik cepat kerumah utk selesaikn beberapa hal lain. pada saya Allah dah takdir sy kesana lebih cepat lagi. namun esoknya ketika kami bersiap nak bertolak ke KL Pengurus agensi menelepon skali lagi mengatakan ada ahli rombongan tdk bersetuju dgn arikh tersebut dan ditunda sehari dari tarikh asal. dalam hati agak kecewa namun sy menyejukkan hati mengatakn ini juga adalah ujian dan takdir dari Allah maha kuasa. Pasti ada hikmahnya. Sy call mak dan beritahu hal tersebut dan anak2 sy dpt menyelesaikn exam dgn lengkap.
Saya dapat tahu kumpulan yg terdiri dr 18 org ini tdk dpt direct flight ke Jeddah seperti dijanjikn tetapi terpaksa transit di Bangkok dan Dubai sebelum ke Jeddah. Masyaalah..ujian apa ni ya Allah..namun sy dan suami tdk berputus asa dan pada kami asalkn kami dpt menunaikn umrah tidak kira halangan apa sekalipun akan kami tempuhi. Saya banyakkan solat taubat dan hajat agar Allah memudahkn urusan dan perjalanan kami ke tanah sucinya. Nanti saya sambung lagi..