Powered By Blogger

Monday, January 17, 2011

Amalan yg sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian..

Assalamualaikum,
Ada berbagai amalan yg diamalkn oleh kita dalam kehidupan seharian kita,sebab apa kita buat? kdg2 ada sebab, kdg2 xde sebab..mcm anak2 sy jawab bila ditanya..kenapa kamu itu dan ini..jawabnya saje je..mana ada kita buat kerja xde sebab..mesti ada satu sbb yg sebenarnya adalah alasan melarikn diri atau menyalahkn orang lain. Emm..bebel hal lain plak.
Ada org amal petua, ada org amal sunnah nabi, ada org ikut mana sempat, ada org ikut list dan ada juga org x ikut mana2...ikut pemikiran sendiri aje atau ikut hati atau ikut mood..ada juga yg ikut didikan org tuanya dulu. Saya sendiri mengamalkn gabungan apa yg menjadi didikan org tua sy dahulu dan juga petua yg sy dapat dari individu atau pembacaan dan bila dah berusia ni amalkn sunnah nabi kita yg sy dengar dan baca.
Bermula dengan bangun pagi misalnya sy capai jam atau handphone tgk jam berapa, cari cermin mata dan masuk tandas. Tapi sepatutnya apa yg saya perlu buat ialah..buka je mata berdoa dulu kpd tuhan tanda syukur yg kita masih lagi bernafas dan masih diberi kesempatan untuk menambah amalan sebelum kematian menjelang...kerana tidur adalah mati kecil kata hadis..ambil kesempatan dua tiga minit bertenang dan memasang niat utk pebaiki diri dan amalan serta bertaubat dari dosa2 semalam. Sebelum turun dari katil cuba amalkn amalan yg nabi amalkn iaitu membaca 4 Qul sambil menadah tangan umpama berdoa dan habis baca sapukn tangan keseluruh muka dan badan sebanyak dua kali. Apa fadhilah nya? untuk memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sepanjang hari juga dapat kebertkatan Allah . Lepas tu barulah ke bilik air untuk mandi dan sebagainya. Ada juga org yg mengamalkn senaman2 sebagai riadah dan sebenarnya memang bagus pun. Cuma sy selalunya buat benda2 penting dulu cam solat subuh dan solat sunat serta ngaji. Yg penting nak dinyatakn disini bukanlah berapa byk amaln yg kita amalkn tapi istiqamahnya amalan kita tu dan kita mesti mempunyai panduan untuk kita ikuti bukan hentam babi buta je yg kita nak buat. Nanti sy sambung cite amalan seharian ni.

Sunday, January 16, 2011

Salam dan bismillah

Assalamualaikum..
Tahun ini sy ingin menerapkn budaya baru dalam rumah sy dan juga ditempat krja saya..budaya islamik yg sepatutnya dah lama sy teguhkn di rumah mahupun apabila pergi kemana. Pertama budaya memberi salam bermula bangun tidur hinggalah apabila nak tidur nanti. Pasti suami sy terkejut bila bangun pagi je sy bagi slm kat dia. Klau cam masuk umah tu dah biasalah..rasanya yg tu dah lama praktis, cuma budaya bangun tidur bagi salam ni baru. Ustaz kata klau beri salam tu biarrlah sempurna maksudnya penuh bukn2 separuh2 barulah berkat. Lagi satu apabila memanggil anak2, sebut slm dulu diikuti nama anak..bukan shj dpt pahala tapi sy rasa pasti senang nak minta tolong dari anak2 kita kan. Begitu juga di tempat kerja..tolak je pintu office sebutlah slm, ataupun semasa naik tangga apabila bertemu mata dengan kawan mahupun lawan ucaplah salam pasti berbaloi kan..walaupun balasannya pasti macam2 cara, ada yg jwb, ada yg selamba je, ada yg jwb perlahan nak xnak je, ada yg jwb dgn semangat sekali n ada juga yg paling kelain. Emm..sy dah cuba dan begitulah reaksi yg sy dapat..tp xpe..klau kita ikhlas..pahala dipihak kita. Insyaallah.
Begitu juga apabila menjawab phone yg berdering,budayaknlah ucapan slm ini pasti motivasi dan keyakinan diri kita melonjak setinggi gunung. wlau yg talipon itu ialah Barrack Obama. Sekurang2nya kita telah berusaha unuk menginternational kn ucapan salam. Tapi pastikan ucapan itu pada org yg patut iaitu muslimin..sy pun agak keliru kenapa kita x boleh memberi slm sejahtera kepada bukan muslim..nanti sy nak tanya ustaz..

Begitu juga ucapan bismillah pada awal setiap perbuatan, selalunya masa makan je ingat, masa buat pekerjaan lain x ingat pun. Selalunya sy ucap bismillah masa sy nak ngaji, mkn atau bila nak letak garam dlm masakn tapi lain terlupa baca. Mengingati Allah pada setiap perbuatan dan pekerjaan akan memberi keberkatan pada kita dan menjadikan pekerjaan kita itu ibadah,tapi ingat jangan buat maksiat dan dosa pun baca bismillah..menghina tu namanya. Kurang asam dan ajar. Ingatkn anak kita selalu dan sy juga akan ingatkn pada anak murid sy tentang hal ini. Klau ikut org dulu2 melangkah pun sebut bismillah dan dgn langkah kanan. Amaln begini tidak diambil kisah pd zaman ini tapi sy rasa pasti ada fadhilatnya apabila diamalkn. betul x? klau nak cari bukti saintifik sebagai sandaran pasti sukar namun tetap ada, seperti juga angin yg kita xnampak ni. Ada tapi xde. Assalammualaikum semua.

Tuesday, January 11, 2011

Memandang dunia

Assalamualaikum,

Pagi tadi dlm kesibukan nak gi sekolah, drive dlm mood tenang dan bergaya dgn selendang pnjg yg cantik, sy dgr radio..ada ceramah yg menarik dr ustaz yg tak tau namanya. Beliau berckp tentang pandangan kita kepada dunia. Mulakanlah hari dgn sesuatu yg positif bkn negatif. Pandanglah dunia kita dgn pandangan mata lebah bukan pndangn mata lalat. Pelik gak, sy terus terfikir apa maksud ustaz tu..dia kata jika kita memandang dunia dgn pandangan mata lebah, dunia kan menjadi lebih indah kerana lebah wlaupun berada di tmpt pembuangan sampah akn mencari suatu yg indah, madu dan taman bunga maksudnya yg positiflah sedangkn lalat pula wlau berada ditaman yg indah tetap akan mencari yg busuk, sampah, najis dan kotoran lain maksudnya yg negatiflah. Oh begitu...memang tepat sekali. Dlm hidup ini memang ada yg indah dan ada yg jelek, klau kita fokuskn minda dgn pandangan negatif pasti dunia ini nampak negatif, kita buat negatif, ckp negatif, fikir negatif tapi klau kita ubah pd minda yg positif pasti perbuatan ,percakapan dan pemikiran kita jadi positif.
kadang2 sebelum gi sekolah sy dah terfikir akan masalah yg perlu sy tangani apabila bekerja nanti, itu belum yg diluar jangkaan lg, dgn keje yg berterusan datang, dgn gelagat manusia yg kdg2 mencabar diri dan boleh buat tumbang sbb naik darah, dgn perangai murid yg kadang2 menjadikan kita tiada makna, sy rasa cam nak menyorok dalam almari sambil tutup kepala dgn selimut.
Tapi bila naik tangga sekolah, sy cuba snyum dgn semua, ada yg balas ada yg x, ada yg ikhlas, ada yg senyum sinis, ada yg paling pandang lain, terpandang pula muka kwn, lawan, hipokritus, politikus, perasantus macam2 lah saja cuba berbaik sangka sambil berdoa dlam hati Ya Allah, permudahkn urusanku pada hari ini. Ya Allah hanya padamu tempat ku berlindung. Saya akan selalu mencuba utk selalu mengamalkan yg positif.

Cabaran 2011

Assalammualaikum,
Emm..xtaulah camne nk manage..klau ikutkn mmg xcukup masa tapi ada pulak org kata masa itu kit yg uruskan, klau kita pandai urus maka cukuplah masa yg kita ada sehari semlm tu. Mcm mana nak buat pembahagian ya..ikut item aktiviti ke atau ikut bidang atau ikut individu atau ikut kepentingan atau tanggungjawab. Misalnya ikut tanggungjwb, ibadah dulu, then karier, then rumah, then anak-anak, suami and last skali baru utk diri sendiri. Ataupun ikut kepentingan..mana yg paling penting itu tg diselesaikn dulu..pening2. Mana yg lebih praktikal. Last skali sy ikut yg sempatlah saya buat dulu.

Monday, January 3, 2011

Mengaji walau dah tua..

Salam sejahtera...
carilah ilmu hingga ke liang lahad..apatah lgi ilmu wajib..ilmu agama..emm bukan x belajar ngaji masa kecil dulu tapi x serius mana..so cetek je yg ada..masa tu maybe kesedaran dan pendedahan dikalangan ibu bapa agak kurang so penekanan pd pendidikan agama agak kurang. Pemerintah juga lebih menjurus kepada ilmu pembangunan dan kemajuan negara so isu agama dan moral kurang diberi tumpuan. Pada saya itu salah satu kesan penjajahan yg sudah berakar umbi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Alhamdullillah, Allah memberi petunjuk dan hidayahnya kpd saya untuk mencintai dan terbuka hati mempelajari al-quran mukjizat Allah tu. Walau pada usia begini saya diberi kesempatan masa dan peluang utk mencari dan mempelajari al-quran. Sepatutnya sy mulakan lebih awal tetapi xpelah, sy ambil peluang yg ada ini dengan azam utk istiqamah membaca dan mempelajarai Al-quran.
Emm..saya masuk kelas tajwid dan memang byk yg saya xtau, maklum dulu ngaji kampung dimana bayarannya hanya dengan sekilo gula atau sekilo tepung atau menyapu laman rumah tok guru. Mak guru saya dikampung dulu ialah Kak Munah yg memang cantik orgnya, saya gi ngaji bersama beberapa org adik dan sepupu sy dan juga anak2 jiran dekat dgn umah datuk saya. Ngaji mlm dgn membawa obor sebagai penyuluh jalan dan sempat lagi main galah panjang sebelum ngaji. mak guru sentiasa pegang rotan halus ditangannya. Seronok ngaji masa tu.
Kini kelas tajwid saya dalam kelas bersama rakan2 seusia yg kadang kadang baru belajar dah lupa. Yg berani bertanya itu dan ini kepada Ustaz dan juga kadangkala berborak keluar topik dahlu selama sejam baru mulankan kelas. tapi xpe soalan dan bualan semuanya berkaitan kehidupan dan ilmu akhirat. Terima kasih rakan2 yg byk memberi pengajaran.
Dalam kelas sy mengagumi Kak Nurul, seorang pembuat kuih mualaf yang bila diberi tugasan sgt cepat mendapat jwpn dan dia sgt teliti apabila memberi jawapan dan selalunya jawapan yg diberikan tepat. Seorang mualaf dibandingkn dgn sy yg islam semenjak lahir..malu hati ni. Tahniah kak Nurul dan kuih muih yg kak nurul buat mmg sedap belaka...hehehe..
Bila time talakki iaitu baca sorang2..mulalah rasa nak demam..peluh mula mengalir..adjust tekak dan suara...kelemahan sy nafas pendek..cpt semput dan xtau mana nak berhenti bila ayat panjang. Sy juga selalu xteliti bila ngaji..tau hukum pun kadang2 langgar. Inilah yg perlu saya atasi. banyak isu ngaji ni nanti sy sambung lagi. Assalamualaikum.

Sunday, January 2, 2011

tahun baru 2011

Welcome 2011,

Selamat Tahun Baru buat semua kenalan, sahabat, sanak saudara n anak murid mahupun anak sendiri. tak lupa buat suami tercinta.Semoga tahun mendatang memberi seribu kebaikan yang ada di dunia ini dan yg paling penting hidup kita diredhai dan diberkati Allah. Hari ini dah 3 hb Januari tapi tak terlambat meraikan kedatangannya kerana things to grow take time, masih di awal bulan dan masih ada yg belum bersedia pun nak melangkah ketahun baru. Banyak yg ada dlm kepala saya ni untuk thn 2011...nabil nak exam pmr tahun ni, nafiz nak mulakan form 1, naquib form 4 yg mencabar(aliran apalah budak tu dpt) yaya mula dgn degreenya, adikku ayun nak kawin bulan 3, aku nak gi umrah bulan 6( insyaallah,doakan ye), guru besar nak pencen bulan 6, nak pertahankan kedudukan upsr sekolah dan kelas ngaji yg bermula Januari ni. Bak kata pepatah x menang tangan.(sabar2,jgn letih sebelum bergerak, jgn pening sebelum darah naik).
Check list ni saya pasti akan didetailkn dan apabila didetailkn nanti sy pasti list ni akan bertambah byk. Apapun sy akan cuba rancang n buat persediaan awal utk memudahkan urusan. ( Ya Allah bantuan mu ku pohon).
Namun ada juga yg sy lihat xbuat apa2 persediaan utk menghadapi tahun baru ni, x taulah mengapa, masih liat nak ubah perangai lama, yg hadapi exam pun pantang disebut..bila sebut je cam marah dan meluat..padahal dia yg nak exam bukan kita tapi klau yg nak kawin tahun ni masih gak liat malanglah bakal suami/isterinya.
Sambung bila free nanti...azam baru xnak tangguh kerja yg ada..adios amigoes..assalamualaikum.