Powered By Blogger

Wednesday, December 1, 2010

Dalam masa 5 tahun mendatang ini..

Salam Barakah..
Emm..kalau difikirkan dalam masa 5 tahun ini apa yang saya inginkan dalam hidup saya. Pertama, saya dah bergelar guru besar..jika diizinkan Allah. Kedua, saya dah bergelar hajah..jika diizinkan Allah. Ketiga, saya dah bergelar ibu mertua..jika diizinkan Allah. Keempat, bergelar guru ngaji dengan izin Allah juga. Perlu ada perancangan utk capai semua tu dan dengan doa yg istiqamah. Dan dari setiap keinginan saya itu ada perincian yg saya ambil kira, guru besar yg macam mana, seorang hajah yg macam mana, menantu macam mana dan guru ngaji yang macam mana.
Jadi guru besar yang macam mana.
Guru besar yang berjaya membudayakan Islam dalam kehidupan pelajar dan guru. Bukan berhasrat membuka sekolah agama..klau dapat alhamdullillah. Pada saya..generasi sekarang perlu kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya namun agak mustahil utk melaksanakan sepenuhnya dalam keadaan sekarang so sedikit sebanyak ajaran Quran dan hadis perlu dijadikan dasar dalam setiap program atau aktiviti dirancang. Contohnya budaya memberi salam dengan sempurna, kempen mengucapkan bismillah dalam setiap perbuatan, mengutamakan waktu sembahyang dalam setiap program dan memulakan sesuatu dengan doa akan menjadi amalan dan budaya pelajar dan guru. Ada lagi..byk lagi dan macam macam lagi..insyaallah. Musyawarah dalam setiap keputusan dibuat dan amalan sunah akan saya cuba jadikan budaya..byk ilmu perlu saya cari. Insyaallah saya cuba jika ada rezeki saya.