Powered By Blogger

Monday, February 22, 2010

my favourite





















Keempat-empatnya saya dah baca. Love them, admire the author and cherished them. 2 novel telah dijadikan movie and eclipse klau x silap akan dilancarkan Jun tahun ni. X sabar nak tengok. Novel graphicnya akan dilancarkan march thn ni. Untuk breaking dawn yg tengah di pre productionkan mungkin menemui peminat 2011.


Walaupun ceritanya, cerita khayalan dan mungkin boleh diangkat menjadi cerita dongeng mengantikan cerita2 lama masa kita kecil dulu mcm cerita Snow White, Cinderella, Sleeping beauty atau yg lain-lain, saya cukup kagum dengan daya imaginasi penulisnya yang boleh mengubah watak jahat,hitam dan kejam menjadi watak putih yang bersifat manusiawi dan bertambah hebat dengan anugerah super hero pada sesetengah wataknya. Misalnya Edward boleh membaca pemikiran orang lain kecuali pemikiran Bella. Manakala Bella keistimewaannya ialah tiada siapa pun boleh membaca pemikirannya.


Saya mengulang-ngulang baca setiap buku lebih dari satu kali. Paling banyak ulang baca buku Breaking Dawn kerana masa ni Bella telah beralih menjadi Vampire. Pelik pula rasa, kenapa bila sebut pontianak rasa cam takut je, tapi bila sebut vampire rasa cam lebih baik plak. Kenapa saya ulang, sebab seronok jalan ceritanya, kedua sebab nak memahami jalan cerita dengan betul, sebab ada perkataan yang saya x faham dan nak check maknanya dan saya suka akan beberapa watak dan plot cerita.


Filem pula saya rasa yang pertama lebih memberi kesan. Watak2 vampirenya lebih manusia dari dalam new moon. New Moon lebih ringkas dan direct berbanding twilight. Watak Edward dan Bella juga lebih realistik dan mendalam. Penggunaan effeck dan muzik lebih melankoli dan lembut mendayu-dayu berbanding new moon. Apapun saya tetap minat cerita ni.

Sunday, February 21, 2010

Minta maaf dan memaafkan

Saya memang seorang yang cepat marah tapi cepat juga sejuknya. Dan saya juga adalah seorang yang akan cepat minta maaf kalau saya bersalah dan akan mudah memaafkan orang. Pada saya tiada guna berdendam atau membenci seseorang. Saya juga rasa lapang kalau dapat minta maaf dan memaafkan orang. Ada orang memang sukar mengakui kesalahan sendiri, mungkin egonya terlalu tinggi atau malu teramat sangat jika mengakui kesalahan tapi saya tak ada salahnya mengakui kesalahan dan saya akan baiki dan teruskan kehidupan.
Dengan anak-anak saya akan maafkan diaorang walaupun mereka tak minta maaf dengan saya, walaupun kadangkala keluar yang kasar dari mulut saya..saya tetap maafkan diaorang. Banyak kali juga menangis dengan tingkah mereka tetapi itu semua pada saya adalah dugaan tuhan. Sebagaimana saya memaafkan orang lain saya juga harapkan orang lain maafkan kesalahan saya termasuklah kepada anak-anak dan suami. Pada rakan-rakan apa yang saya harapkan semuga tuhan bukakan hati mereka untuk memaafkan saya jika saya berbuat salah dan silap.
Saya cuba untuk menjadikan amalan meminta maaf apabila berjumpa dan berpisah dengan adik-beradik mahupun sanak saudara, kerana kita tak tau bila kita semua akan berjumpa lagi.Mungkin hari ini kita jumpa, minggu depan dengar dah meninggal dunia so tak sempat nak minta maaf. Rasa terkilan pulak.
Pada saya meminta maaf atau memaafkan tidak sesekali merendahkan martabat kita malah ia membersihkan hati dan melegakan hati dan memulihkan perhubungan. Harap-harap tuhan juga akan mengampunkan dosa saya yang bertimbun didunia ini.

Wednesday, February 17, 2010

Mesti ada motivation diri

Ha..ha..lepas cuti je biasalah..malas nak start keje semula. Exhausted je rasanya. Mata nak tidur..rasa macam x cukup tidur je. Peliknya tengok tv sampai midnight x rasa ngantuk plak..but when I want to start working je rasa ketat je mata ni. Well..itu semua mainan psikologi dalam kepala..perlu kita kejutkan jiwa kita ni..so I knock my head a few time then ask myself my target and pick up my big bum. Working siti...get focus. Motivation is very important, target and planning can be big but the key to success is how grand is your motivation.

Without planning you are planning to fail, without motivation you are lifeless.

I keep my motivation simple and practical like buying a new blouse for me or even buying new story book, but sometimes I always ask my husband to take part in it. Take me to a movie or buy new handbag or eating at my favourite restaurant are part of it. Anyway, I think with or without motivation you still have to face the fact that the feel of responsibility playing important role in making sure you do your work. Happy long working hours...da..da.

Sunday, February 14, 2010

Bandaraya Melaka













Ini gambar dari internet, nanti saya download foto kami satu family kat kota ni. Melaka memang dah berubah..lebih cosmo dari masa saya gi 10 tahun dulu. Perkataan pertama untuk describe Melaka...Pening..kedua..sesak..ketiga...mahal...semuanya kerana beberapa sebab. Satu..kami dah lama x dtg sini...memanglah x tau tempat yang selesa,sesuai dan berpatutan..so x bolehlah nak ckp negatif je. Tapi enjoy gak gi tempat org dan dapat gak pengalaman baru baru. Orang Melaka ada yang terlebih peramah dan ada juga yang sombong. Mcm lain2 tempat gak. Namun begitu..asam pedas Melaka yang popular tu x dapat juga menandingi asam pedas mak saya masak. Ok dulu nanti saya sambung lagi.

Kebaya nyonya idaman hati setiap perempuan
















Saya gi Melaka ngan famili cuti CNY ni, nampak baju kebaya yang memang cantik-cantik. Dalam ati kalau dapatlah pakai baju ni mesti glamour abis. Itu angan2 je, hakikatnya kalau saya pakai jadi salut nangkalah aku. So forget it.. masa muda dulu bolehlah..pinggang 24-26..sekarang nah kau..nak sebut pun malu..hehe.
Ada syarat nak pakai baju kebaya nyonya ni. First...pinggang kene kecik..pastu..mesti daring..sebab materialnya jarangs skit..kena pakai dengan tiub...then kena high confidence sebab mesti jadi attraction dalam majlis..orang akan pandang dua kali..x kira lawa tau x..then kena ada duit lebih skit sebab kebaya nyonya yang cantik and good quality mahal harganya..lebih dari rm 150. Lagi satu kena betulkan gaya berjalan..jangan kengkang sebab kain dia sendat dan paling cun kalau terbelah depan..so jalan kena jaga. So kalau sapa-sapa yang berminat nak pakai kebaya nyonya...good luck banyak2 dan teruskan usaha fizikal dan mental..anda boleh. Tapi my advice klau usia dah senja dan badan dah out of date x yahlah pakai. Lebih-lebih lagi yang bertudung..x relevant lansung..pakai tudung tapi baju jarang and kain belah. Konsep halal haram. hehehe. Saya suka pakai jubah je sekarang. Longgar banyak dan selesa.

Thursday, February 11, 2010

Handling staffs

Saya bersyukur kerana pada usia yang agak muda telah berjaya menjadi salah seorang pentadbir sekolah..bukan guru besar..tapi deputynya..bukan senang tau..memang rezeki saya mungkin dan saya rasa saya memang layak. Bukan sebab gila kuasa tapi dengan jawatan ini saya dapat melaksanakan ilmu dan wawasan saya dalam dunia pendidikan. Bukan senang jadi pentadbir..pahit manis jadi hidangan. Kebanyakkannya pahit dan membuatkan saya semakin tua. Mental penat berfikir, badan penat bekerja manakala perasaan kena lebih banyak dikorbankan. Pucuk pangkalnya memang tidak berbaloi dengan gaji yang kita dapat. Namun sekiranya sesuatu perancangan yang dibuat berjalan lancar dan hasilnya dapat dilihat rasa kepuasan hati sangat tidak terhingga. Walau tiada siapa yang mengiktiraf atau disebut saya tetap rasa bangga dengan apa yang saya lakukan.
Disekolah saya ada lebih kurang 50 staf guru dan kakitangan. Terdiri dari berbagai latarbelakang dan potensi diri yang berbeza. Saya bahagikan staf saya kepada beberapa kumpulan mengikut kategori tertentu. misalnya :

1. Staf dan kawan
2. Setakat staf sahaja
3. Staf yang berhaluan kiri

Tanggapan begitu walaupun bukan sesuatu yang positif terpaksa saya lakukan kerana saya hanya manusia biasa yang kadangkala iman naik dan turun. Antara sebab :

Staf dan kawan

Kami saling menghormati, mereka memahami hasrat dan perancangan saya. Walaupun ada yang tak betul mereka beri feedback yang baik dan berbincang dengan cara yang baik, jujur dan bertolak ansur. Kami saling berkerjasama dan betul membetulkan. Hala tuju juga sama dari segi sudut kehidupan dan pendidikan. Kami berkongsi masalah dan boleh menerima kelemahan dalam diri masing-masing dan saling bertukar maklumat. Mereka menerima arahan saya dengan rela. Saya semenangnya mengharapkan staf ini dalam tunjang tugasan saya kerana mereka sanggup berkerja keras dan bertungkus lumus menjayakannya.

Setakat staf

Kami saling menghormati, memberi arahan atau tugasan dengan bimbingan sebelum sesuatu pelaksanaan mengikut garispanduan yang diberikan. Mereka menerima cadangan saya dan melakukan kerja mengikut kemampuan mereka dan saya berterima kasih atas kerjasama yang mereka berikan. Tapi setakat tu jelah. Tiada sendiri peribadi.

Staf tapi musuh

Hormat pada dasarnya namun saya hormati mereka sebagai seorang individu. Terpulang pada mereka untuk hormat saya atau tidak. Selalu membantah setiap perancangan yang diberikan tanpa penilaian yang adil dan kalau menerima pun dengan hati yang tidak rela dan akan mengumpat saya itu dan ini dibelakang saya. Pokok pangkalnya saya salah belaka. Tuhan sahaja yang mengubah persepsi mereka terhadap saya.

Saya sentiasa berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut dan berfikir dua kali sebelum mengambil apa-apa tindakan atau feedback terhadap setiap perlakuan atau cerita2 tentang staf saya. Saya cuba untuk tidak melibatkan diri dalam hal peribadi mereka kecuali mereka bertanya pendapat saya. Namun selalunya saya bataskan diri dari bercerita tentang hal peribadi saya atau mereka dengan staf. Pada saya perbuatan ini jika tidak dipraktikkan akan memakan diri kita.

Saya masih mencari ilmu bagaimana menjadi pentadbir yang efektif dan diterima seadanya. Bukan mahu disanjung tetapi sekurang2 nya menrima sumbangan dan pengorbanan saya. Salam kasih sayan buat semua staf.

Wednesday, February 3, 2010

Menilai prestasi orang

Selama bekerja saya tidak pernah mempertikaikan markah prestasi yang diberi kepada saya oleh majikan. Saya terima saja asalkan saya naik gaji setiap tahun (sikit je naik). Pada saya, biarlah orang atasan menjalankan kerja mereka dalam menilai saya dan saya redha. Saya sendiri sedar saya bukanlah sehebat mana, disana sini ada kurangnya dalam menjalankan tugas dan saya rasa mereka lebih arif dalam menjalankan kerja mereka. Saya tidak pernah ambil tahu berapa markah yang diberi dan jika saya tau pun saya tidak pernah mempertikaikan markah yang diberi.
Kini saya dipihak pentadbiran. Ternyata tugas ini satu bebanan bagi saya dari segi fizikal dan mental. Staff saya seramai 48 orang berbagai ragam dan kehendak. Ada yang sensitif dalam hal prestasi, ada yang terima saja, ada yang terima didepan bersungut dibelakang (mengata orang atas tak adil) dan ada juga yang memang mulut jahat(menabur fitnah) tanpa ada asas yang kukuh. Siapa yang taknak markah tinggi tapi persoalan nya adakah kita betul-betul layak. Ada staf yang datang berjumpa saya bertanya cara saya memberikan markah atas dasar apa...katanya dia tidak berpuas hati dengan markah yang diberi dan dia sememangnya mengambil tahu akan pencapaian prestasinya setiap tahun. Saya menjelaskan bahawa buat mengikut garispanduan yang diberi dan juga selepas berbincang dengan GPK yang lain tentang pemberian markah. Ada juga yang datang untuk meminta markah tinggi dari saya atas dasar ihsan(bunyinya macam minta sedekah) sebab tu kerajaan Kelantan tak mahu royalti minyak di gelar duit ihsan iaitu sesuatu yang kalau ada..adalah kalau xde..xdelah walaupun katanya dia tau dia memang xlayak nak dapat markah tinggi. Pada saya tindakan itu adalah satu tanggapan negatif kepada saya, mungkin pada dia, saya ini mudah dipengaruhi atau tidak pandai menilai atau pun pada mereka saya ini seorang yang lebih kurang sahaja dalam kerja. Saya lebih suka mereka bertanya berapa markah yang saya berikan dan minta perincian markah itu atas dasar tertentu. Kalau mereka setuju mereka terima dan jika x setuju mereka bentangkan pandangan mereka bersama bukti. Itu lebih baik.
Setelah berhempas pulas membuat penilaian selama seminggu, saya membuat kesimpulan bahawa tugas ini bukan mudah dan ia memerlukan kewarasan fikiran, penelitian yang jitu, pertimbangan yang adil dan win-win, bukti2 yang berkaitan dan akhir sekali persetujuan bos yang paling penting kerana tanpa restu bos kerja keras kita sia-sia sahaja.

Tuesday, February 2, 2010

Cabaran baru 2010

~Tahun baru bermakna new challenge...sebab situasi dan individu tahun lepas x sama dengan tahun ni. Masuk kelas baru muridnya pun baru dan orang baru macam kita bukan senang diterima. Oleh itu pastikan kita bersedia mental dan fizikal sebelum masuk kelas.
~Mula2 masuk mereka semua pandang tepat kemuka saya dengan tanggapan yang berbeza. Ada yang keliru, ada yang pandang sinis, ada yang buat tak peduli, ada yang excited dan ada yang menolak walau saya belum bermula.
~Saya menerima ini sebagai satu cabaran dan memberi mereka masa untuk mengenali saya dan saya beri diri saya masa juga untuk menyediakan diri menghadapi mereka. Pada saya mereka bukanlah murid2 mentah yang menerima apa sahaja tanpa tapisan dan mereka lebih telus dari kita.
~Bukan itu shaja bahkan mereka berani mengkritik dan bersoal jawab dengan kita dan seandainya kita tidak bersedia, kita kan malu dihadapan mereka.
~kini saya nampak beberapa perubahan, mereka mula menerima saya dan cara saya mengajar. saya sudah nampak pengharapan dan kepercayaan mereka terhadap saya. Itu yang saya mahu. Dan harapan saya... mereka akan menerima saya sejujurnya dan saya kan menakluki hati mereka seikhlasnya. Saya tidak minta disanjung dan dipuja tetapi saya harapkan kejayaan mereka dari usaha yang saya curahkan dan saya dikenang sebagai salah seorang individu yang memeberi sumbangan dalam hidup mereka.

~ Anak2 didikku semoga kamu semua success selalu ~

Time management...most important

Banyaknya pencuri masa....
TV programme..x sedap pun tengok gak
Tidur petang...kadang2 sedap gak, alasan badan letih
Main game... bila bosan melanda and keje banyak sangat x tau nak buat mana satu best gak main game..hehe
Facebook and layan email...benda baru mesti venturekan..lepas ni kena masak.
Borak ngan hubby....kadang sampai x sedar dah malam, tapi ni masa kualiti

Lepas buat semua tu mulalah kata masa x cukup...salah siapa??
Sendiri pikir.